Pages

Thursday, August 25, 2011

Balik Kampung


Bye!Bye! Dakar ^_^


Malaysia Airlines the best ^_^


Hi there! Dalam sedar tak sedar, Ramadhan pun hampir meninggalkan kita.   Syawal pun bakal menjelma.  This year, special celebration for kak lang because kak lang beraya di Malaysia. yeay!!! Balik Kampung di Rembau, Negeri Sembilan.  Flight kak lang malam ni jam 1.45pagi bersamaan hari Jumaat.huhu. Perjalanan yang mengambil masa 2 hari baru sampai Malaysia.  Keras kejunglah kak lang duduk dalam kapal terbang seperti tahun lepas.  This time kak lang balik ikut Turkey lagi sebab anak en.asben mau jalan-jalan dulu.  So kami naik Turkish Airlines pastu dari Istanbul naik Malaysia Airlines.  Doakan perjalanan kami dipermudahkan ye.  Kak Lang tak tau nak cerita apa lagi buat masa ni sebab my mind already in Malaya. Im too excited to go back my hometown.  Miss my family so much.  I'll see you all on Sunday mom,dad and family.  Love you.

Until then.  Bubye!


Love and Hugs,
Kak Lang

Friday, August 12, 2011

Plan diet sebelum balik raya adalah BATAL

Hi there!Yes ini benar-benar kejadian bukan cobaan. Plan diet Kak Lang sebelum balik raya adalah terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab kesihatan.  Cewah alasan. Eh..serius memang sebab kesihatan doktor suruh makan banyak-banyak sebab anemia.  So disebabkan itu kak lang masak dengan meriah nya pada bulan Ramadhan tahun ini ditambah pula anak dara tu ada kat rumah.  So ikutkan jelah kehendak hati kedua buah hati itu.kekeke.  Semalam adalah puasa hari yang ke 11 di Senegal.  Kak Lang teringin nak makan pasembor, en.asben pulak nak makan dessert tepung pelita.  Anak dara en.asben request nak makan badak berendam.  Lain kali jelah ye yang.  Hari ni layankan selera mama dengan ayah dulu. hehe.  Dengan gigih kak lang bersilat di dapur semalam.  Meh sini kak lang nak share resepi.

Pasembor (untuk 3 orang makan)

Bahan-bahan

Cucur Udang
1.Cucur Udang (digaul dgn sedikit garam dan lada sulah)
5 ekor udang
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan yeast
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan air (bancuh sampai jadi macam nak masak cekodok tu)
sedikit daun bawang/kucai (dipotong-potong)
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
beberapa titik pewarna kuning/kunyit
minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Campurkan semua adunan kecuali udang dan gaul rata.  Biarkan lebih kurang 15-20 minit.
2. Panaskan minyak. Kemudian rendam senduk besi dahulu supaya cucur tidak melekat.  Tuang adunan dan letak udang di atasnya, celup ke dalam minyak sehingga cucur itu keluar sendiri dari senduk.
3. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.

Tepung kelapa
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung
2. 1 cawan kelapa kering/kelapa parut
3. 1/2 sudu garam
4.  1 cawan air atau kurang/lebih (bancuh adunan agak-agak boleh dibentuk)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.  Panaskan minyak.  Goreng tepung kelapa yang telah dibentuk-bentuk bulat sehingga kekuningan.
2.  Angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan lain
1. 2 biji kentang (dibuang kulit, tak perlu potong)
2. 3 biji telur
3. 1 biji timun 

Cara-cara
1.  Kentang dan telur direbus kemudian di goreng dengan minyak.
2.  Potong timun ikut cara masing-masing
 
Kuah pasembor
Bahan-bahan
1.  1 biji bawang kecil dihiris halus
2.  2 sudu makan cili boh
3.  4 sudu makan tepung jagung yang telah dibancuh dgn air
4. 1 sudu makan air asam jawa
5.  5 sudu makan kacang tumbuk
6.  5 cawan air
7.  sedikit gula dan garam
8.  minyak untuk menumis
9.  2 biji ketang direbus dan dilenyek/blender

Cara-cara
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang, cili boh dan tuangkan air.
2.  Kemudian masukkan semua bahan kecuali kacang tumbuk dan tepung jagung. 
3.  Masukkan perasa dan biar mendidih.  Setelah mendidih masukkan tepung jagung dan kacang tumbuk.  Biar lagi sehingga kacang kembang dan tutup api.
4.  Siap untuk dihidangkan bersama-sama dengan semua bahan di atas.


Yang ni pulak resepi untuk dessert.  Sedap dimakan waktu panas ataupun sejuk.  Jom-jom cuba masak ini.

Resepi Tepung pelita
Bahan untuk lapisan bawah
1.  1 cawan tepung beras
2.  5 cawan air
3.  1 cawan gula
4.  beberapa titik pewarna hijau
5.  sedikit air kapur

Cara-cara
1.  Kacau semua bahan hingga sebati dan masuk dalam periuk.  Masak dengan api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
2.  Bila dah mendidih dan berkilat tutup api dan tuang ke dalam acuan pilihan hati.

Bahan untuk lapisan atas
1.  4 sudu makan tepung beras
2.  3/4 sudu teh garam
3.  4 cawan santan

Cara-cara
1.  Kacau semua bahan hingga sebati dengan menggunakan sudu dan masuk kan ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga menjadi agak pekat.
2.  Bila dan mendidih dan berkilat, tandanya telah masak.  Tutup api dan tuan ke atas lapisan bawah tadi.
3.  Masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan.


Selamat mencuba.


Nah nak tayang gambar sikit menu berbuka puasa semalam.  Jangan mare aaa nanti kena jual.kekeke

Tepung pelita


Pasembor

Until then.  Bubye!

Love and Hugs,
Kak Lang






Thursday, August 11, 2011

Korang pernah tak jadi camni??

Hi there! Haa..hari ni Kak Lang nak cerita pengalaman masa keje swasta dulu.  Sebelum jadi orang gohmen kak lang pernah keje swasta kat 4 buah kampeni.  Salah satu dari kampeni ni memang dasyat giler keje nye. All in one gitu. Kampeni ni dia jenis persatuan so tak de pekerja lain selain kak lang weh. Kak lang pion, kerani, PA,akaun clerk, hantar surat kat pejabat pos, kejar bos sign cek pembayaran utilities kat kampeni masing-masing dan mengharungi, jalan yang jem, pi bank, handle kursus dan lain-lain.  Giler kedekut kampeni ni nak upah orang lain.  Ahli persatuan masa tu adalah lebih dari 400 orang.  Bayangkan lah nak hantar surat ke 400 orang bila nak panggil mesyuarat agung atau jemput datang kursus.  Itu pun boss-boss kat situ kata kak lang tak buat keje.bodoh!hamik ko..turun merekah pose aku. kekeke. Waktu keje adalah pukul 8pagi sampai pukul 5.30petang.  Tapi kebiasaannya kak lang akan keje sampai malam.  Mana taknya semua nak kena buat sendiri.  Boss pulak bukan ada kat opis pun.  Kena jaga 8 boss sekaligus. Naya punya kes.  Kalau ada kursus atau nak buat mesyuarat agung pernah kak lang tak tido langsung tau dari jam 8pagi sampai lah 8 pagi esoknya.  Semata-mata print surat, masuk dalam envelope, tampal alamat, gam, setem. haish. Itupun diaorang tak hargai kak lang. Masih kata kak lang takde keje.Hmm dunia owh dunia.  Nasib baiklah ada hamba Allah yang menghargai kak lang masa tu.  Ada sorang dato' ni terus offer keje kat syarikat dia.  Alhamdulillah kak lang keje dengan dia 7 tahun sebelum masuk gohmen.  Sekarang dah arwah pun bekas boss kak lang tu. Alfatihah.  Semoga ditempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman.  Beliau memang seorang majikan yang baik.

Gambar adalah ehsan dari mr.google.Thanks!
Lebih kurang gitulah salah silah kampeni ni.  Tapi bukan itu yang kak lang nak story.  Hari ni kak lang tiba-tiba teringat kisah kelakar masa kak lang keje kat kampeni tu.  Ada satu haritu kak lang kena handle kursus untuk ahli persatuan ni.  So semalamnya kak lang balik lewat malam.  Keesokkan paginya dah kesiangan. damn!terkejar-kejar kak lang memandu pi pejabat.  Pastu kereta kak lang pada masa tu adalah rumah kedua kak lang.  Kasut keje memang melambak ah dalam kereta. kekeke.  Masa tu kak lang tak ingat apa dah..parking kereta terus je bukak pejabat.  Nasib baiklah penceramah belum sampai lagi kot tak malu seh.  So masa perjalanan dari parking kereta ke pejabat kan kak lang gopoh-gopoh, pastu pejabat pulak masuk kena bukak kasut.  Datang peserta kursus tanya sapa pulak perempuan yang pakai kasut fesyen baru ni.  Kak lang tanya kenapa? sebab kak lang sorang je perempuan masa tu.  Dia pun jawab...orang tu pakai kasut sebelah lain sebelah lain.  Satu tinggi kemain, satu rendah sikit. OMG! kak lang dah malu masa tu tapi kontrol lagi. Rupa-rupanya kak lang berjalan dengan megahnya pakai skirt pi pejabat pastu dengan high heel yang tak sama tinggi. Dengan harapan takde orang perasan. Tapi semua tu dah terlambat..orang-orang pejabat sederat tu ramai yang perasan. aiseh apa pasallah tak tegur kak lang. malu tau. 

Sekian, itu aje cerita merapu kak lang pada hari ni.  Ni cerita nak hilangkan mengantuk.kekeke

Until then.  Bubye!

Love and hugs,
Kak Lang 

Tuesday, August 9, 2011

Selera Ramadhan

Sago gula melaka dengan mangga dan aiskrim vanilla

Hi there!Hari ni adalah hari ke 7 puasa di Senegal Dan Kak lang adalah pening memikirkan nak masak apa. Owh lupa pula nak kasi tahu,Senegal start berpuasa on 2nd august 2011. Lewat sehari dari Malaysia.  Dari hari pertama hingga hari ke 7, hari-hari nak kena fikir apa yang perlu dihidangkan untuk putera dan puteri dirumah ni.  Bila tanya semuanya kata tak tahu tapi bila kita masak kata suruh buat masakan lain pula. Banyak songeh betul.  Especially tuanku kat rumah ni. huhu.  Setelah di undi-undi,bulatlah sudah keputusan menu berbuka pada hari ini iaitu Mee hoon sup tomato dengan bergedil ayam dan sago gula Melaka sebagai pencuci mulut.

Bermula dalam bulan ramadhan ni kan kawan-kawan Kak lang yang berada di benua afrika lain suka suki main tag makanan untuk mendapatkan sumber inspirasi Dan mengasah mood memasak.kekeke

Oleh yang demikian,cewah ayat Skema dah Mai pulak.Moh ler kita share resepi dari Kak lang.


Mee hoon sup tomato

Mee hoon sup tomato

Bahan-bahan
6 ekor udang
1 ekor sotong dipotong bulat
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar tomato purée
4 mug air
1/2 bungkus mee hoon direndam
Sawi/broccoli/tomato/carrot
4 sudu besar minyak masak
4 biji telor
3 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
2 sudu teh garam
4 sudu teh gula


Cara-cara
1.panaskan minyak Dan masukkan udang Dan sotong.kemudian masukkan bawang yang ditumbuk,cili boh dan tomato purée.
2.masukkan air.biarkan mendidih.masukkan gula Dan garam.
3.masukkan 3 sudu makan tepung jagung yang telah dibancuh Dan Macau.kemudian masukkan
4.pecahkan telor perlahan-lahan Dan biar dalam 5 minit tanpa dikacau.akhir sekali masukkan mee hoon dalam 3 genggam atau kurang.
5.biarkan dalam 2/3 minit.siap untuk dihidang.

Sekian.selamat mencuba

Until then.bubye!

Love and hugs,
Kak lang





Monday, August 8, 2011

End of busy season





Hi there!Let me tell you what am I busy with last time.Firstly,I'm busy with my work as usual,secondly I was busy entertaining my family while visiting me here in Senegal.Thirdly,I was busy pampering my husband's beloved daughter,fulfilled all her request that she kept since we leave her about a year ago. Last but not least,I suddenly fall sick during the hectic period.I was admitted and did a small operation to remove something in my Womb.The doctor said something is blocking inside my womb that resulted me in pain.This is the scariest experience that I ever had.Being sick and having operation in African country with skill less people in medication.Can you imagine,i never shouting in an operation room before especially in the labor room but seriously here in Senegal I did shouting for pain because those skill less nurses couldn't find my nerve to put a needle.They try 12 times before found the right place.It was seriously painful and scary until the doctor show up his face.I feel safe and confident with him besides me.Anyhow I thank to Allah that everything is done and I'm safe now.

           
This is the thing that the doctor removed from my womb
 
things inside not really clear

This scary experience never finish because..Unfortunately,while i admitted all the single rooms is full and I was sharing a room with one Americans lady that had a virus fever.I'm damn scared to be infected by her.sharing a toilet with her some more. She said she get the virus from somewhere in the village while doing a research. The doctor yet found what virus she carried with. I hope she get speed recovery.

After had a good rest at home about two weeks,now I'm feeling better and already did my routine tasks especially cooking.

I don't want to get sick here ya allah.please protect me and gives me good health.

Thank you Allah for letting me alive.subhanallah.alhamdulillah.

Until then.bubye!

Love and hugs,
Kak lang

Salam Ramadhan


credit to mr.google-arigatogosaimastak!


Hi there!Masih belum terlambatkan untuk Kak lang ucapkan selamat menjalani Ibadah puasa kepada semua umat Islam di dunia.semoga tahun ini Ibadah kita diberkati Dan diterima Allah. Lama betul tak update blog.Mula-mula Kak lang sibuk dengan kerja..lepas tu Kak lang sakit pulak..lama jugak beristirehat dirumah.

Ok entry lepas ni Kak lang cerita lagi ye.

Until then!bubye!

Love and hugs,
Kak lang