Pages

Tuesday, June 7, 2011

setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya

Hi there! Beberapa minggu yang penuh dugaan dari Allah.  Itu yang boleh saya katakan.  Saya bercuti sakit selama seminggu untuk menjaga diri sendiri dan suami yang sudah sedia sakit juga. hukhukhuk... Kehidupan kami beberapa minggu lepas adalah "melepek".  Aktiviti kami ialah bangun untuk makan ubat dan tidur.  Bangun balik makan buah dan minum air dan tidur.  Bayangkan lah lebih 4 minggu kami tak keluar rumah disebabkan suami masih tidak kuat berjalan dan saya juga tidak mampu berjalan kerana kehilangan banyak darah.  Tapi setiap kejadian pasti ada hikmahnya kan.  Masa kami berdua sakit, alhamdulillah bapak saya yang sakit semakin sembuh dan adik saya yang ke 10 berjaya mendapat tempat di Matrikulasi Negeri Sembilan dalam bidang sains yang diminatinya itu.  Kak Lang doakan semoga adik berjaya seterusnya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor dan buat ahli keluarga ku, keluarga mertua dan anak-anak, ku doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita dan semoga kita sentiasa dibawah lindungannya.  Amin.

Buat teman-teman diluar sana(cewah macam ada je orang nak baca blog Kak Lang), Kak Lang akan berhenti membuat entri makanan seketika.  Amaran keras dari bonda tersayang.  Katanya jangan masak sedap-sedap lagi sebab badanmu semakin membesar bagai johan.ahaks!  Oleh kerana saya cuma ada lagi 2 bulan sahaja sebelum balik bercuti ke tanah air, saya janji akan menurunkan berat badan ini agar tidak dikomen oleh ibu bapa dan ipar duai.  Selamat tinggal nasi.  Jangan rindukan Kak Lang.  Kak Lang pasti kembali padamu bila balik Malaysia nanti.hehehe

Until then.  Bubye!


Love and Hugs,

SU

4 comments:

  1. berdiet laa kito sekuuuwek nyo!

    ReplyDelete
  2. Che Sue: sangat!!last 2 days makan meggi jam 1 pagi.hahaha.bahana tengok citer korea weh.

    ReplyDelete
  3. Kak sue,

    get well soon kak sue..take care tau.... nanti nak jadi chef di rome, kalo tak sihat cane??

    ReplyDelete
  4. My Heart: Insyaallah sihat dah Kak Lang ni =D.

    ReplyDelete