Pages

Monday, May 30, 2011

KEK SIRAP BANDUNG resepi Kak Lang

Hi there!  Lama kan kak lang tak update blog.  Lately kak lang bz take care of my other half.  He's still not ok.  Anyhow last weekend on Sunday kak lang try resepi baru.  Kak Lang dapat idea masa tengah minum airbandung kat rumah waktu lunch sama-sama dengan rakan-rakan.  Rasa kek ni macam air sirap bandung. Kak Lang nak share resepi ni dengan semua.jom tgk resepi dan cuba.  

Until then, bubye.


Kek Sirap Bandung resepi Kak Lang






Kek Sirap Bandung resepi Kak Lang

Bahan A 

  • 150gm tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder

Bahan B 

  • 4 biji kuning telur 
  • 70gm gula castor
  • 1/4 camca teh garam halus

Bahan C 

  • 85ml corn oil aka minyak jagung
  • 115ml air sirap bandung (sirap,susu pekar manis, susu cair dan air ice cream soda/sprite-my style)

Bahan D 

  • 4 biji putih telur saiz A
  • 70gm gula castor
  • 1/2 camca teh cream of tartar
  • beberapa titik pewarna pink
  • 2 titik perasa ros

Bahan hiasan
  • 400ml whipping cream
  • 70gm gula caster
  • buah strawberry di belah dua
  • coklat yang diparut (ikut suka nak guna coklat apa)

Cara-caranya:

1.  Asing putih telur dan kuning telur.
2.  Pukul bahan D sehingga bila diterbalikkan bekas tidak jatuh.  Kemudian pukul rata bahan B, masukkan bahan C gaul rata.  Masukkan pula bahan A.
3.  Campurkan kedua-dua bahan dan gaul rata.
4.  Sediakan bekas kek.  Jangan sapu bekas dgn mentega kerana kek ini telah mempunyai minyak.
5.  Panaskan oven dalam api 190darjah celcius.  Masukkan adunan kek dan bakar selama 30-45 minit. (kalau nak tahu dah masak kebelum, cucuk lidi satay kedalam kek 
kalau tidak melekat apa2 maknanya kek dah masak)
6.  Keluarkan kek masa panas-panas kemudian sejukkan.

Bahan hiasan

1.  Campurkan whipping cream dengan gula dan putar hingga kembang.   Setelah kek tadi sejuk, hiaslah mengikut kreativiti anda.


Sekian, selamat mencuba.  Terima kasih.


Love and Hugs,

SU



5 comments:

  1. kak lang, kalu x guna minyak corn guna minyak biasa jadi x ? n gula kastor tu cmne ?
    hehheheh teringin nka buat ni

    ReplyDelete
  2. smms: minyak masak pun boleh je. gula kastor gula halus(gula dimesin halus).

    Selamat mencohba!

    ReplyDelete
  3. salam kak....
    loyang size apa?
    7 inc ok ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norliza,
      Kak Lang guna loyang saiz 8 inci. 7 inc pun ok kot.tinggal kan ruang untuk kek naik.selamat mencuba.--Kak Lang

      Delete
  4. Salam...
    Nk tanya..ada sukatan x utk air bandung tu (brp sudu sirap/brp ml susu,sprite)

    ReplyDelete