Hi there! Today, i would like to share my lasagna recipe. So that every time you cook referring to this recipe you can remember me..ahaks!Let's not talk too much and here you are:-
yummeh! |
Kak Lang's Lasagna
Bahan-bahan untuk lasagna:
500gm daging cincang( me guna beef)
1/2 ketul kobis di cincang halus
1 ketul bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih di ketuk/ditumbuk
1 sudu makan cili boh
1 tin kecil tomato paste/ 4-5 sudu makan tomato paste
1 biji tomato dipotong dadu
sedikit oregano
Kulit lasagna secukupnya(jangan over cook ya-ala2 gitu)
6 keping craft cheese
parutan cheese secukupnya
2 sudu makan minyak masak
1/2 cawan air masak
1/2-1 sudu teh garam (bergantung kepada kepekatan garam masing2)
2 sudu teh gula
Bahan-Bahan untuk sos putih
2 cawan fresh milk
1 sudu besar butter
sedikit lada hitam
garam
2 sudu makan tepung gandum(dikacau dengan sedikit air macam kita bancuh tepung jagung)
Cara-Caranya:
Isi lasagna
1. Rebus kulit lasagna mengikut arahan dikotak.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kan bawang besar dan bawang putih kemudian masukkan cili boh.
3. Masukkan daging cincang dan tomato paste. Agak-agak daging telah masak masukkan tomato yang dipotong dadu tadi. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan kobis.
4. Masukkan air, oregano, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.
Sos Putih
1. Masukkan susu segar, butter, lada hitam, garam dan bancuhan tepung gandum. Kacau dan biar hingga mendidih. Tutup api. (Note: Nak mudah masuk je dalam microwave but make sure bekas besar sedikit takut melimpah.)
Steps bagi menyusun isi dan kulit
1. Sediakan bekas untuk dibakar(sorry me lupa size bekas). Letakkan kulit lasagna yang telah direbus. Me letak 2 keping. Kemudian letak kuah lasagna, sos putih.
2. Letakkan kepingan cheese(me letak dua keping setiap lapisan) dan cheese yang telah diparut. Ulang proses yang sama dan akhir sekali adalah lasagna,sos putih, kepingan cheese dan cheese yang telah diparut.
3. Bakar dengan api 180 darjah celcius selama 20-30 minit atau sehingga lapisan atas keperangan.
Sekian, selamat mencuba!!!
Love and Hugs,
SU
No comments:
Post a Comment