Pages

Thursday, June 23, 2011

Kuih keria a.k.a kuih gelang

Kuih Keria

Hi there! Kak Lang nak kongsi resepi kuih keria dengan uolls, ada orang panggil kuih gelang.  Kenapa eh orang panggil kuih keria? Kak Lang pun tak tahu..kuih gelang sebab mungkin macam gelang kan.  Nak tau tak? masa buat kuih keria ni kan teringat kat my mom yang suka buat kuih ni untuk my dad. Sob!sob!isk!isk!  Kiranya Kak Lang banggalah jugak dah reti buat kuih keria kegemaran sekeluarga ni..hehehe.  Balik Malaysia nanti nampak gayanya macam-macam Kak Lang kena masak sebab my family dah ada wish list suruh Kak Lang buat untuk depa. muahahaha ...Macamlah Kak Lang ni teror masak pun..semuanya ehsan dari cikgu google je.  Kata orang mula-mula tak pandai masak tapi kalau dah selalu jadi makin pandai kan.  Ini semua hikmah duduk berjauhan dengan parents kan.  Walaupun sedih tapi Kak Lang banyak menimba ilmu semasa dirantauan.  Especially bab perasaan dan masakan.  Hmm kalau lah kat malaysia...gula 1kg setahun pun tak habis uolls, beras tak payah cakaplah.  Kami masa kat Malaysia memang jarang lekat kat rumah.  Balik pun untuk tidur je.  Weekdays keje, weekend pulak buat lawatan 360 darjah.  Tak pun mengisi undangan keluarga untuk berkumpul.  hehehe.  Sampai ada satu hari tu, jiran punyalah ikhlas nak menjemput kami kenduri rumah beliau siap tunggu kat tepi jalan simpang masuk rumah kami ko.  Kesian dia, takut tak sempat jumpa kami katanya. Begitulah kiranya kehidupan kami berdua masa kat Malaysia.  Duduk rumah boring berdua aje.  Yang sorang asyiklah baca surat khabar dari pagi sampai malam tak pun waktu siang duk mengadap kolam ikan belakang rumah tak pun potong pokok bunga tak pun belek ikan kat akuarium kat hall rumah.  Yang sorang kalau dah depan tv tak berkelip-kelip mata uolls.  Hahaha korang rasa mana satu watak Kak Lang. tettttt!!!Sekian dulu lah uolls.

Until then.  Bubye!


Love and Hugs,

Kak Lang



RESEPI KUIH KERIA
Source: my beloved mom 

Bahan-bahan:
2 biji keledek ungu saiz besar
4 sudu besar gula pasir
3/4 sudu teh garam
3 cawan tepung gandum
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk salutan kuih keria
1 cawan gula pasir
4 sudu besar air


Cara-caranya:

1.  Rebus keledek sehingga empuk dan lembut.  Kemudian lenyekkan.  Biarkan sejuk.
2.  Masukkan gula dan garam. Gaul.  Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sehingga tangan tidak melekit.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul.  Jika kurang dari 3 cawan tangan dah tak melekit berhenti.  Tapi jika dah habis 3 cawan tangan masih melekit tambah lagi tepung gandum.  Ini bergantung kepada keledek anda.
3.  Dah siap menguli bentukkan bulat seperti donut dan buat lubang tengah-tengah.  Kemudian goreng dengan minyak yang panas dan angkat.  Biarkan sejuk.
4.  Masakkan gula di atas kuali beserta dengan air.  Biar sehingga likat dan masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan kuih tadi.  Tutup api dan hidangkan.

Sekian.  Selamat Mencuba.


2 comments:

  1. my peberet oso! tapi time nk salut gula, sure fail! dia tak jadi mcm berketui2 tu..tah hapa kena mencairrr je gula tu..chesue mmg fail bab kuih2 comel ni..tapi cekodok chesue pass sb kuih tu takyah pedulik rupa dia comey terletak idak! ahaks!

    ReplyDelete
  2. Che Sue: wah...bagus2!Kak Lang pun memula try fail jugak bab menyaluti gula itu..tapi aritu macam sukses pulak. Cairkan gula dulu pastu dah agak-agak separuh melt letak air. Bila kita kacau dia agak likat, letak semua kuih keria yang dah digoreng tadi kacau lelama sikit sampai gula beku. cer cuba cer cuba.

    ReplyDelete