Hi there! Hari ni me nak cerita pasal mabuk darah dan kemalangan jalan raya. Tiba-tiba teringat nak cerita pengalaman ni pada semua. Mabuk darah adalah orang yang tak boleh tengok darah. Kalau tengok je automatik badan jadi seram sejuk, muntah-muntah, pitam dan membawa kepada fengsan (berdasarkan pengalaman kak lang). Sometimes bila dengar pasal accident pun boleh meremang bulu roma berpeluh-peluh dan rasa seram sejuk. Tapi me rasa sejak kawin, especially bagi orang yang dah pernah mengalamai keguguran kandungan macam me perasaan tu dah berkurangan. Mungkin sebab dah jadi kat diri sendiri kot. Alhamdulillah. Yang pelik sekarang ni penyakit mabuk darah ini dah menjangkit kat encik suami pulak.hahaha.
Nak cerita masa kak lang zaman single mingle dulu, me selalulah balik lewat malam sebab mengajar budak tuisyen kat rumah diaorang (part time after habis kije). Me mengajar tuisyen kat Seremban and tinggal kat Rembau. Perjalanan adalah lebih kurang 30 hingga 45 minit. Ada satu tempat ni kat area Sg. Gadut jalannya gelap gulita dan seram seh. Kalau lalu highway cerah tapi lepas tu kena lalu area kg pulak gelap jugak. So dua-dua laluan ni ada sejarah masing-masing. Jeng..jeng..jeng..
At that time, me keje kat senawang so early in the morning dah keluar. takut jalan jem lah katakan. Kak Lang biasa bukak radio kuat-kuat untuk hilangkan takut dan sesambil amik feeling nak start keje.hehehe. Especially bila tiba kat area Sg. Gadut yang seram..area tu dekat dengan kuil india dan pokok getah..selalu sangat bila tiba je area tu kereta me mesti kena baling..tak pasti apa tapi macam dahan yang besar jatuh atas kereta. Bila check takde pulak kesan calar or apa. Kalau diukur jarak anatara pokok getah dengan jalan raya itu agak jauhlah jugak lebih kurang 200meter . Sampai je opis selalunya mesti antar report kat my mom kata dah sampai takut dia risau. Pastu ceritalah apa yang berlaku sepanjang lalu kat kuil india tu. My dad dia kata lain kali tak payah berhenti check. Sampai destinasi baru check katanya. Takutlah apa-apa bahaya ke kan. Boleh dikatakan selalu jugaklah me kena macam gitu. Tapi selagi tak membahayakan diri me oklah kan. At least seminggu sekali dua mesti kena kejadian yang sama. Me macam dah biasa and buat tak tahu jelah. Apa yang pasti dari dengar lagu-lagu rancak terus tukar kaset yassin or ayat-ayat al-quran bila sampai area tu.hehehe. Itu cerita hok seram, cerita lain pulak kat Sg. Gadut ni adalah tempat lumba budak-budak rempit. Ada sekali tu dia ajak me lumba ada ke patut motor kapcai nak ajak lumba dengan kereta. Me yang takut apa lagi press minyak blah..tapi mat motor aka mat rempit ni tak puas hati dia cuba potong kereta me and rapat-rapat. Siap terajang kereta me suruh me keluar. Aduhai menakutkan. Bila me eksen-eksen buat panggilan talipon diaorang pun pecut cabut. Memang bahaya area Sg. Gadut tu.
Cerita pasal laluan highway pulak banyak seram ooo...once upon a time cewahh!..ada satu malam me balik dari mengajar lalu lah highway sebab dah lewat sangat..ingatkan nak lalu tempat yang teranglah. Kejadian malam yang menakutkan ini terjadi di satu area dekat dengan kilang ayam kat jalan susur keluar nak ke Chembong, lebih kurang 200 meter ke kilang ayam tu me lihat jalan raya macam baru je lepas accident. Dengan serpihan kaca bertaburan sepanjang jalan, darah, sebelah kiri tidak kelihatan apa-apa tapi sebelah kanan kelihatan sebuah kereta proton satria bewarna kuning remuk teruk macam terlipat dua and OMG! masih ada orang di dalamnya. Kelihatan seperti seorang lelaki. Me tengok kiri kanan kereta tu berlanggar dengan apa? takde pulak kesan kenderaan lain. Me dah rasa meremang bulu roma dan berpeluh-peluh. Takut nak tolong terus speeding sampai rumah. Sampai rumah muka pucat macam bunuh orang pulak. My mom tanya kenapa..me ceritalah apa yang me nampak and my mom said kenapa tak tolong..at least call ambulans..me jawab takut sangat-sangat. My big brother dengar je..berdesus dia pergi tempat kejadian nak tolong orang tu...tak lama lepas tu dia balik kata jalan dah bersih mungkin ambulan dan orang ramai dah bawak pergi. Lega sikit bila dengar my big brother kata macam tu. Me rasa lega tapi rasa guilty sebab tak tolong orang tu. Ya me mengaku that time me sangat selfish sebab tak tolong orang tu..tapi kalau me yang fengsan dulu macam mana kan. Keesokan paginya tiba je dia pejabat me ceritalah dengan kawan-kawan opis. Depa dah sedia maklum dengan perangai me yang penakut dan mabuk darah. Tapi depa diam je bila me cerita. Me tanya kenapa, salah sorang dari my collegues jawab, eh ko ni tak baca surat khabar ke? Kena sebijik disitu. Kadang-kadang hal-hal gitu tak perasan..hehehe biasalah selalunya fokus bab hiburan kan. Kereta satria kuning yang accident kat pedas warna kuning tu, accident tiga hari lepas!!ah sudah siapalah yang aku nampak malam tu..nasib tak berhenti.huhuhu. My friend yang kasitau tu diapun lalu situ pada hari kejadian sebenar. Pstt!!!sejak kejadian itu me tak lalu langsung kat area tu..sanggup tu lalu kuil india sambil pasang kaset yassin. Sampai sekarang me kalau lalu tempat tu mesti meremang bulu roma walaupun kejadian sudah 11 tahun berlalu.
*
*
*
Ginilah lebih kurang keadaan kereta satria yang diceritakan tu : credit to google for the photo |
Kak Lang pun pernah tau accident kereta terbalik tapi alhamdulillah selamat. Mungkin tuhan masih mahu me beramal kepada nya. Terima kasih Allah. Nasihat kak lang, pandulah kenderaan anda berhati-hati/ drive safely ye kawan-kawan. Biar lambat asal selamat. Kalau letih sangat atau mengantuk berhenti dulu.
Dikesempatan ini marilah kita beramai-ramai sedekahkan alfatihah untuk kawan kak lang yang baru kehilangan isteri, anak dan ibubapa mertua dalam kemalangan di kuala kangsar, perak. Alfatihah..amin
Sedih bila baca berita ini.
Until then.Bubye!
Love and Hugs,
SU
fuhh citer seram rupa nyer!! hihihi me likey! up lagi dan lagi citer gini..
ReplyDeleteChe Sue: suka citer seram eh..ehehe..nanti Kak lang buat entry pengalaman jumpa hantu pulak eh..
ReplyDeleteLove you.muah2x