Pages

Wednesday, January 23, 2013

Entri khas buatmu


note: thanks google for the lovely picture
Entri ini saya abadikan untuk kenangan akan datang.  Hari ini genap lapan tahun usia perkahwinan kak lang dengan encik suami.  Pada tarikh ini lapan tahun lalu kak lang dipertemukan oleh kedua ibubapaku dan jodoh ini juga yang telah ditentukan oleh yang maha Esa.  Kak Lang disatukan tanpa perasaan cinta, tanpa mengenali siapa suami yang dinikahi, tanpa mengambil risiko yang bakal kak lang tempuhi pada masa akan datang.  Alhamdulillah...semua yang ditentukan oleh NYA adalah yang terbaik untuk kita. Terima kasih Allah.  Jodoh yang ditetapkan untuk hambamu ini adalah KEBAHAGIAAN buatku.  Karakternya berbeza jauh dari kak lang.  Bagaikan API(kak lang) dengan AIR(suami).  Terima kasih kerana menemukan kak lang dengan seorang suami yang sangat memahami dan sangat bersabar melayani kerenah kak lang.  Terima kasih kepada encik suami kerana telah melayan saya bagaikan seorang puteri.  Memenuhi kehendak dan keperluan saya.  Terima kasih abang.  Semoga Allah memberi ganjaran yang MAHA hebat untuk abang di akhirat kelak.  Semoga apa yang kita rancangkan berdua dipermudahkan dan diredhai oleh Allah s.w.t. 

Love,
Kak Lang

Monday, January 7, 2013

Puasa Nazar

Hi semua.  Hari ni kak lang puasa Nazar..sehari.  Lama dah tertunggak.  Bulan November lalu semasa family kami di uji oleh Allah, kakak ipar dan babynya  sakit tenat kak lang nazar jika mereka berdua disembuhkan dari penyakit dan diberi peluang untuk hidup lagi..kak lang puasa sehari.  Alhamdulillah Allah mendengar doa kak lang dan keluarga.  Sekarang jam 4petang dan tengah fikir nak makan apa untuk berbuka puasa nanti.  Jam 12 malam nanti sehingga pagi pula kak lang kena puasa untuk menjalani prosedur scan tulang pinggang.  Doakan yang terbaik untuk kak lang ye.  Semoga tulang pinggang kak lang tidak mengalami kecederaan juga.  Kecederaan dilutut masih belum sembuh lagi.

Until then.

Bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Thursday, January 3, 2013

Cooking exemption.Yess!!

Yeah ini entry pasal makanan.  Sila lap air liur. ngeh.  Sepanjang kak lang cuti sakit ni, ai memang kenyang sokmo.  Encik suami membahagiakan kak lang dengan makanan.muahahaha.  There is one day, kak lang sangat craving nak makan coklat.  Buka peti ais, stok coklat dah habis(tengah malam pulak tu)...disebabkan teringin nak makan coklat sangat, kak lang makan coklat masakan.  So encik husband sudah kesiankan isterinya.  Esoknya dia belikan kak lang coklat banyak-banyak suruh makan.kekeke...Pada hari yang berasingan pula, kak lang teringin nak makan burger bakar pulak (walhal tak pernah rasa pun burger bakar yang sedang dok heboh ditayangkan kat Malaysia sekarang ni)...so dia masakkan burger bakar untuk kak lang. He..he..he.best pulak bila cuti sakit kan sebab tak yah masak..astagfirullahalazim...(bukan minta ditimpa sakit..tetapi suka bila dapat cuti masak).  Ikan bakar, boleh dikatakan hari-hari encik suami masakkan.  Owh semalam kak lang masak sambal tumis petai dengan ikan bilis sebagai balasan encik suami tolong masak sepanjang kak lang cuti sakit.  Nanti lama-lama cuti masak, encik suami lupa pulak masakan air tangan isteri kan..hehehe

Until then. See ya.

Love, 
Kak Lang 


note for my hubby:  Thank you bang sebab jaga saya masa sakit. Love you juta2 bintang di langit. :)





meatball ala ikea

sambal tumis petai


bakso


my favorite..yumm!!

nasi goreng ala bali    


Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

Happy New Year 2013 to all.  I append herewith, Dakar city's view on new year celebration. :)

Until then,

Kak Lang