Pages

Tuesday, September 25, 2012

Resepi Asam Pedas

Wah!!Blog kak lang dah macam blog masakan pula..hehehe...bukannya apa, duduk di sini tak banyak aktiviti. Selain dari pergi kerja, pergi pasar, bayar bill...kerja kak lang adalah mencuba pelbagai masakan. That's my life here in aprika. Jogging? most of the time jogging depan tv tak pun kak rumah je...kak luar jarang sekali sebab suasana kurang bersih. Kak lang kan alergi to dusk.*facepalm* Kalau kat Malaysia weekend kalau boring boleh juga lari pergi rumah parents kan, tak pun pergi tengok wayang, tak pun pergi shopping, tak pun pergi jalan-jalan cari makan. Tapi bila kat sini...panggung wayang pun nan hado...shopping kompleks adalah satu yang paling haibat tapi tak mampu kak lang nak beli baju-baju yang dijual...mahal yakmat. Buat rugi je beli...baik simpan dulu nafsu shopping pastu bila balik Malaysia shopping sakan sepanjang cuti...harga pun berpatutan. Masa kak lang baru menikah dulu sehingga lah datang di Dakar ni, honestly i tell u kak lang memang tak pandai masak..tapi sekarang Alhamdulillah im improved from time to time. One of my husband's favorite is asam pedas. First time kak lang masak untuk dia asam pedas memang kena reject begitulah sehingga kali ke sepuluh pun...my hubby suka asam pedas yang pekat. Mula-mula kak lang tak tahu apa yang menyebabkan kuah dia pekat...so lepas banyak kali experiment know i found the key. Its the tamarinds yang buatkan kuah dia pekat...betul ke eh...entahlah kak lang bukan expert pasal masakan. Yang penting my hubby sekarang dah kasi markah A++ untuk masakan asam pedas kak lang..im proud that i can fulfilled his taste.

Kak lang nak share resepi ni kepada semua pembaca dan juga rujukan kepada anak dara i, of course.

p/s: adik, nanti bila mama dah tua, adik masak pulak untuk ayah guna resepi ni ok?

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Sumber: Kak Lang

Bahan-bahannya
1. 2 ekor ikan kembung saiz besar dipotong dua
2. 1 biji bawang besar*
3. 4 biji bawang kecil*
4. 3 biji bawang putih*
5. 1 inchi halia*
6. 1 inchi kunyit hidup/1 sudu makan kunyit serbuk*
7. 2 batang serai diketuk
8. 1 senduk minyak masak
9. 1 senduk cili kering yang telah diblend
10. 1 sudu teh lada hitam
11.10 batang bendi
12.1 biji tomato
13. 1 sudu makan asam jawa (dijadikan jus dalam 1 cawan)
14. 11/2 sudu teh garam
15.1 sudu teh gula
16. sedikit perasa
17. 2 mug air suam (ikut suka kalau nak pekat boleh kurang kan jumlah air atau sebaliknya)
18. 1 ketul bunga kantan (dibelah dua)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak ke dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan yang telah di blend.
2. Masukkan serai dan cili yang telah diblend. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan air suam.
3. Masukkan ikan kembung yang telah dipotong. Biarkan dalam 5 minit.
4. Masukkan bendi, bunga kantan, lada hitam dan tomato.
5. Biar sehingga mendidih dan masukkan perasa,garam dan gula.(ikut citarasa masing-masing sama ada nak kurang atau lebih)
6. Bila bendi telah lembut, tutup api dan boleh lah dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba.

Salam sayang,
Kak Lang

Kak Lang
Asam Pedas Ikan Kembung

Monday, September 24, 2012

The Nanny season 1 to 7

Salam Isnin semua.  Hujung minggu lepas kak lang tak kemana-mana pun sebab hujan lebat.  Bosan betul rasanya habis segala jenis masakan kak lang buat.  Siap paksa encik suami lagi tanya rasa nak makan apa biar kak lang buat..kelas..hangin rajin datang..tapi bila hangin malas datang hari-hari makan megi.hahahaha! Selesai je masak kak lang dah gelisah tak tau apa nak buat...tengok tv cerita tak best, godek2 youtube kak lang jumpa cerita the nanny season 1 sampai 7.  Kak lang dari dulu suka tengok cerita ni sebab kelakar. Miss Fine sangat lucu. So tak bosan dah kak lang layan the nanny sampai lewat malam.  Pada readers yang tak pernah tengok cerita the nanny ni, tengoklah besat tau. Jom kita tengok macam mana Ms.Fine dapat keje jadi nanny kat rumah Mr. Shefield. Season 1 episod 1. hehehe

Sekian, layan je lah ...

Salam sayang,
Kak Lang


 



Friday, September 21, 2012

Lapar baby

picture-credit to mr. google
 
Salam Jumaat semua. Nak mengadu...kak lang lapar baby....eh..bukan nak makan baby tau...nak ada baby sendiri.  Dah puas dah pinjam baby orang main-main dengan diaorang.  Sekarang nak ada anak sendiri pulak.  Sebenarnya kak lang fobia nak preggy lagi selepas beberapa kali keguguran.  Bila kak lang betul-betul dah bersedia untuk pregnant lagi, nasib tak menyebelahi kami.  Tolong doakan untuk kak lang supaya dikurniakan cahaya mata ye. Nak ada orang baru untuk menambahkan kebahagian antara kami. Tak sanggup teruskan penulisan lagi sebab air mata dah mengalir dengan lebatnya.....sobs!

Sekian.

Salam sayang, 
Kak Lang

Wednesday, September 19, 2012

A story inside my handbag

Hola!This is what i carry inside my handbag besides mobile phone to the office. lol

Love and hugs,
Kak Lang
handbag of the week
my property

Tuesday, September 18, 2012

Tanda-tanda awal meningkat usia..

Jom minum susu kawan-kawan. Setiap kali kak lang minum susu rasa macam popeye makan spinach nak jadi kuat tau..ngehngehngeh. Kak Lang start minum susu anlene secara serius sejak 3 tahun lepas. Al maklumlah, kalau kita dah berusia 30 tahun ke atas, proses tulang merosot semakin banyak, tulang semakin tipis. Kata pakar, orang yang seusia kak lang ni mengalami kemerosotan kalsium setiap hari. Encik suami pun kak lang paksa minum. Alhamdulillah dia ok. Suka je minum susu ni setiap hari. Kak Lang minum susu ni sekurang-kurangnya sehari sekali sebab takut cepat habis. Kat sini takde jual susu yang baik macam anlene ni. Yang ada cuma fresh milk yang tawar. Setiap kali balik Malaysia je kitaorang boleh top up susu ni.

Salam sayang,
Kak Lang

susu tepung (credit to mr.google)
susu perisa coklat

Monday, September 17, 2012

Biskut Lutut

Hehehe...Korang tau ke biskut lutut tu biskut apa? Ni kak lang nak introduce biskut lutut jenama azan ni..memang my all time favorite. My mom panggil biskut keras...orang lain, kak lang tak tau panggil apa...Kak Lang panggil biskut ni biskut lutut sebab rupa dia macam lutut.ngehngeh...Dulu masa kecil-kecil my dad selalu sangat beli biskut ni cicah dengan air tea oo waktu minum petang. Kak Lang dah lama sangat tak makan biskut ni..so kirim dengan family suruh belikan biskut lutut ni. Mula-mula bukak kotak pelik ingatkan adik lelaki kak lang salah beli...sebab bungkusan dia macam kerepek kentang jenama wise tu...bila baca eh tajuk bungkusan..memang benar ini biskut lutut....syarikat ni dah upgrade bungkusan dia. Bagus juga sebab ia boleh tahan lama bila bungkus macam ni....Cumanya kak lang sedih sikit biskut ni saiznya semakin kecil dan tidak ranggup seperti dulu...bila kita rendam dalam air..makan masa yang lama baru nak lembut... Apa-apa pun terlepas jugak rindu nak makan biskut lutut ni. Oklah uolls, kak lang nak pi bancuh milo cicah biskut lutut ni.

Bye!

Salam sayang,
Kak Lang
Actually its real name is wholemeal- round rusks

Yeayyy...yeayyyy!!!

Salam Isnin semua. Hatiku berlagu riang...Santa datang bawak hadiah awal tahun ni..hikhikhik...Nak tahu sebab apa??????

Sebabnya barang-barang yang kak lang kirim melalui kontena rakan setugas telah tiba.  So weekend kami tak keluar sebab unpack semua barang ini.

Thanks to my collegues yang sudi kasi tumpang kontena dia...Maka stock makanan kak lang telah di top up.

Salam sayang,
Kak Lang



Taraaaa!!!!!!!


***

***

***

the boxes
100 plus..plus..plus
Milo and the geng
Cincau drinks
Maggie...
Cakk!!!
     
Hehehe  

Wednesday, September 12, 2012

Budak Sekolah vs Budak Kolej

Hehehe...Tajuk macam pertandingan debat je kan.  Jangan risau kak lang tak kan cakap budak kolej semakin matang berbanding dengan budak sekolah sebab dah kenal mc donald..opss!! Semalam selak-selak album lama ternampak gambar-gambar masa zaman sekolah menengah dengan zaman masa belajar kat kolej. Kepada kawan-kawan zaman sekolah dan zaman universiti, i always miss you all. Sesiapa yang ada baca blog kak lang please leave your number so that i can contact you all. Thank you.

Sikit-sikit dah lah eh tengok gambar zaman purba kala..hikhik..


Salam sayang,
Kak Lang



cer cari mana kak lang ^_^
cer cari lagi mana kak lang hikhik
Kak Lang dengan Seroja Adventure Club
Dinner tahun akhir..UITM tetap dihatiku

Mee Kolok..im loving it!


First time masak mee ni...kak lang suka. Resepi cari kat wikipedia bahasa melayu ye uolls. Entah mana kak lang tau nama mee kolok ni..mimpi ke apa eh, asyik terngiang-ngiang dalam my mind so i google what is that mee kolok look like and wallah...im trying hard to prepare this meal and im loving it. Dia ala-ala mee sup simple tapi mee dia ganti dengan yee mee or mi maggie. Ni lah resepi mi kolok. Terima kasihlah kepada dunia siber..tanpa mu siapalah kak lang..ngeh..ngeh..

Salam sayang,
Kak Lang

Mee Kolok Sarawak

Thursday, September 6, 2012

Resepi Mee Hoon Sup

Salam sejahtera semua. Kak Lang ada hutang satu entri untuk anak dara En.Husni pasal resepi mee hoon sup. Last time masa bulan Ramadhan dia teringin nak makan mee hoon sup so dia try masak sendiri tapi katanya tak jadi..kesiannya. I wish i can cook for you that time. Suruh pergi beli kat kedai tak mahu pulak. Tapi bagus juga sebab dia ada inisiatif nak masak sendiri. Pandai bawak diri bila ayah dengan mama tak de kat Malaysia. Raya tahun ni pun dua beradik tu beraya tanpa ayah dan mama di sisi. sobs. Mama and ayah sorry ok sebab tak boleh balik beraya dengan adik and along. Insyaallah tahun depan kalau panjang umur kita mesti raya bersama. One whole family, together celebrate Eid Mubarak. To my dearest daughter,
"Adik, mama dedicate this entry for you". Nanti-nanti bila rindu masakan mama, boleh cuba buat sendiri.


RESEPI MEE HOON SUP
Sumber: Wan Rembau's style

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
1. Sekeping dada ayam di potong kecil
2. 6 ekor udang saiz sederhana (dibuang kulit)
3. 2 biji telur ayam
4. 1 ikat kecil sawi dipotong
5. 1/2 batang lobak dipotong ikut citarasa
6. 2 biji bawang putih *
7. 1/2 inci halia*
8. 1 sudu teh rempah sup
9. 1 1/2 sudu teh garam
10. 1 sudu teh gula
11. sedikit perasa (optional)
12. 4 sudu makan minyak masak
13. 3 mug air suam
14. 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu makan air suam
15. sedikit bunga kobis (opitonal)
16. 1/2 bungkus mee hoon packet kecil. (direndam selama 1/2 jam)

Cara-cara
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan ayam dan udang.
2. Kacau dalam 2 minit lepas tu masukkan bawang putih, halia yang telah ditumbuk/blend dan juga rempah sup.
3. Kemudian masukkan air. Biar hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa. Kemudian bancuhan tepung jagung.
4. Masukkan sayur dalam 2 minit. Pecah kan telur terus ke dalam air yang mendidih. (Jangan dikacau biarkan aje sehingga sayur layu)
5. Kemudian masukkan Mee hoon. Biar lebih kurang 5 minit dan siap untuk di hidang.

p/s: kalau nak makan lambat lagi asingkan mee hoon dengan kuah. Takut mee hoon kembang dan serap kuah dia.Untuk sayur pulak, optional adik boleh masuk sayur apa je yang adik suka contoh bunga kobis/cendawan/baby corn/kailan

Sekian selamat mencuba.


Love you both,
Mama

Mee Hoon Sup versi Wan Rembau

Monday, September 3, 2012

4C always in memory

ex 4C with the class teacher

Hai! Apa khabar kawan-kawan ex 4C semua. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.  Kak lang doakan semuanya sentiasa sihat dan semakin berjaya dalam hidup. amin...Entri kali ni kak lang buat khas untuk menyingkap memori kelas 4C atas permintaan rakan kita Encik Ismazuan Ismail.  Katanya, baru-baru ni dia teringat ke ex kelas 4C dan arwah Ali Imran (alfatihah). Korang pun kalau teringatkan arwah Ali Imran, sedekah lah alfatihah untuk dia ye.  Kepada yang tak tahu siapa tu budak kelas 4C, ha mai ni sini kak lang nak story morry.  Kelas 4C ni adalah gabungan pelajar akaun dan lukisan kejuruteraan pada tahun 1995 di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan. Mesti uolls kata kenapa tak ingat masa tingkatan 1,2,3 dan 5 kan. To me ex kelas 4C ini adalah terlalu unik untuk dihuraikan. Ikatan persahabatan kami dah macam adik beradik.  Kami saling bantu membantu dan saling nakal menakali eh. hehehe....Pahit manis kita lalui bersama cewah..hover pulak hakak..Teringat kak lang ada satu kes ni. Dulu kitaorang ada sorang cikgu ni dia mengajar matematik tapi selalunya dia masuk kelas tak mengajar pun sebab dia terlalu bz dengan gajet aka handphone yang dia bawak ke kelas , al maklumlah dulu-dulu kalau orang ada handphone kengkonon orang kagum ah..so bila subjek matematik dia akan masuk kelas dan suruh buat latihan...cara jalan belajar sendiri dalam buku teks...ha kelas ko makan gaji buta...hakhak...Jadinya setiap kali test atau exam mesti kelas kami ni dapat markah paling haprak sekali sebab tak faham jalan. Alternatif lain ialah kami pergi kelas tuisyen dan buat study group untuk nak jadi pandai sendiri tanpa pertolongan cikgu. Ataupun kitaorang bincang dengan budak-budak kelas sebelah menyebelah pastu sharelah dengan rakan-rakan kelas.  Sedih kan masa tu..dah macam anak tiri je kami ni.  Tu pun ada sorang cikgu gemuk gila kuasa siap halau kami masa buat study group..katanya kami buat study group untuk bercouple je..ewah..ewah buto mato ko cikgu, kitaorang buat study group satu kelas tang mana ko nampak kami bercouple tu..harap-harap cikgu tu dah masuk tanjung rambutan...astagfirullahalazim..semoga cikgu tu sekarang dah sedar kan kawan-kawan..so kami dengan kata sepakat telah membuat komplen kepada guru besar agar kami dapat mengadakan study group untuk menghadapi ujian-ujian akan datang. Kelas uolls, guru besar kami memang sporting sebab dia kasi kami surat kebenaran mengadakan study group untuk hari-hari tertentu. Eh, tiba-tiba ada pulak sorang hamba Allah ni (kitaorang panggil dia tali barut) pi mengadu dengan cikgu berkenaan.  Cikgu tu dengan hangin nye menerjah bilik darjah kitaorang dan tanya sapa taip surat tu...surat tu memang kita suruh sorang kawan ni tolong taipkan memandangkan rumah dia je yang ada mesin taip..nak harapkan tulisan tangan kitaorang kot menangis guru besar baca tulisan kami kang...wah cikgu ni dengan ringan tangan nak menampar cik adik manis ni...ha taim ni lah hero kelas kami encik ismazuan tu pegang tangan cikgu dan cabar cikgu kalau dia betul anak jantan jom pi padang, lebih kurang camtulah kot ayat dia..kak lang macam ingat lupa lak scene tu (ala-ala padayappa uolls) hikhik. Selain pada tu banyaklah perkara yang terjadi. Kisah secret admirer kak lang yang hari-hari letak surat bawah meja(sampai sekarang tak dapat trace siapa dia), kisah orang minat nak suruh kak lang jadi couple..eh. kekeke. Ok back to track kak lang... Pasal cikgu kelas kami pun satu hal...dah budak-budak 4C ni nakal kan.  Di sakatnya cikgu  kelas kami yang tengah pregnant, di panggilnya penguin..kecik hati mak yung tu..hehehe. Tapi kami dah minta maaf dah kan. Paling best masa hari guru, kami nyanyi lagu iklim, suci dalam debu atas pentas khas untuk cikgu kelas tu nangis-nangis kitaorang uolls sambil buat persembahan tu..dengan cikgu-cikgu tu pun nangis sekali..hikhik. Drama betul.  Last-last, cikgu tu minta tukar tak tahan dengan perangai kami katanya kami nakal...tak lama lepas tu dengar sekolah baru dia lagi teruk siap pecah botol ugut cikgu tu..pancit tayar kereta bagai.. ha lepas tu nak mintak tukar sekolah kami balik..memang tak lah kan kementerian nak layan. Hubungan mesra kami ni berlarutan hinggalah kami tamat sekolah.  Setiap kali Syawal kami mesti round rumah kawan-kawan pi beraya.  Sampai Seremban kitaorang pergi tau.  Masa tunggu keputusan SPM, seorang kawan kelas kami meninggal sebab eksiden. Namanya Akhir(alfatihah). Dia seorang yang pendiam tapi suka juga menyakat kak lang tu. Lepas tu Z pulak eksiden sampai hilang ingatan..dia eksiden sebab nak hantar mc d ke pizza hut (kerja part time kat kl). Kakak Z call kak lang mintak tolong ingatkan nama kawan-kawan Z. Katanya bila ditanya nama kawan-kawan, salah sorang nama yang keluar adalah nama kak lang keluar dari mulut Z (ayat dia macam ni..dia ingat nama pehtu orang panggil kak lang Doraemon) hikhikhik..sampai hati ko ye Z...comel pun ye gak bila di kenang.  Sekarang, alhamdulillah Z dah ok. dah kahwin pun tapi tak jemput kak lang.  Hal-hal lain semuanya indah juga tapi kalau nak di cerita satu jilid buku pun tak habis..boleh jadi set macam enseklopedia tu kot..hahahaha...Apa pun 4C tetap menjadi memori. Tahniah kepada  rakan-rakan dari kelas 4C dah berjaya sekarang ni, yang dah berjaya beranak pinak pun tahniah diucapkan hehehe. Kak lang harap, suatu hari nanti kita berjumpa lagi.  Rindu nak jumpa uolls semua.

Salam sayang,
Kak Lang


Arwah Akhir dan Ali Imran tetap dalam ingatan;-

Arwah Akhir ni dia seorang pendiam tapi kalau kita kenal dan rajin berbual dengan dia, dia suka menyakat.  Dulu dia amik lukisan, bakatnya boleh tahan dalam bidang batik.

Arwah Ali Imran pulak memang ramai peminat.  Sekali pandang macam players tapi sebenarnya perempuan je yang minat sangat ke dia.Mungkin sebab gigi dia..kekeke.Dia biasa-biasa aje. Adik beradik dia ramai macam kak lang...tapi dia menang lagi. Teringat masa mengajar kat sek.keb.pulau besar..setiap kelas ada adik beradik arwah. Arwah ni sangat berbakat dalam bidang seni. Pandai lukis dan very humble orangnya. Owh dia pemain bola jugak kan?(kak lang ingat lupa hal ni) Dia sempat sambung belajar di UiTM.

Marilah kita sedekah kan Al-fatihah kepada dua orang sahabat ini.  Walaupun mereka telah tiada tetapi memori bersama mereka sentiasa tersemat di hati.

Memang kecoh tapi akhirnya sambut juga Aidilfitri 2012

Selamat hari Isnin semua!!Mesti korang semua tengah kenyang sangat kan pergi open house memana. Kalau kat Malaysia, puasa sebulan, open house pun sebulan kan?kekeke...Kak Lang kat sini raya sehari je pun. Senegal raya pada hari Isnin tanggal 20 Ogos 2012. Ni kisah nak menentukan hari untuk beraya Aidilfitri 2012 kat Dakar ni punyalah kecoh dibuatnya. Dah la masa nak sambut Ramadhan pun takde announcement so we all decide sendiri untuk start puasa sama dengan Malaysia.Al kisah cerita nak sambut raya kat Senegal ni kan...kitaorang target samalah raya dengan Malaysia ataupun negara seangkatannya yakni hari Ahad sebab semua penduduk tempatan pun target macam tu tapi kan sampai ke pukul 12 malam Sabtu tu kami bukak tv tempatan nan ado announcement pun. Pada pagi Sabtu tu, kak lang dah call translator embassy suruh dia text me bila kerajaan Senegal buat pengumuman secara rasmi tarikh menyambut Syawal sebabnya kak lang nak buat rumah terbuka first day of Eid Mubarak. Kitaorang kat sini kawan-kawan yang rapat terdiri daripada rakan pejabat, dari kedutaan indonesia dan juga kedutaan thailand. So tunggu green light dari translator saja untuk kami send invitation kepada kawan-kawan dan nak merendang bagai. Pada hari Sabtu lebih kurang jam 9.30pm si translator hantar message berbunyi "tomorrow Senegal will celebrate Korite(Syawal), insyaallah". Lepas je terima text, kak lang pun tanpa berlengah send message kepada kawan-kawan dan terus rebus nasi impit dan merendang. Kawan-kawan pun dah reply kata nak datang. Tup tup jam 1.30 pagi member dari indonesia embassy send message ke encik suami untuk pengesahan betul ke Senegal raya hari Ahad sebab setakat ni masih belum ada pengumuman rasmi. What?! Kelam kabut kak lang call si penterjemah ni mintak kepastian...call dia tak angkat mungkin dah tidur sebab dah jam 1.45 pagi. Send text dia reply kata kawan dia bagi ucapan selamat hari raya pastu terus dia text kak lang esok Senegal raya sebab dia raya Ahad. Hawau betul translator kami ni...Makna nya no official announcement yet. Betapa kak lang malu kepada rakan-rakan yang telah diundang dan terpaksa hantar message postponed invitation to Monday. Kami puasa genap 30 hari dan pada hari Ahad tengahari pulak boleh si translator tu kata seelok2nya jangan puasa hari Ahad sebab ramai yang dah raya. Pehtu kata raya hari Ahad tapi sembahyang raya pulak hari Isnin. apa kisah lah kerajaan korang ni.aish..Kerajaan sebelum ni ada juga buat pengumuman..hok ni??aduyai pening kepala kami dibuatnya..ah tak kuasa aku nak layan...orang dah puasa dah...jadi Isnin je lah kami raya..ntah apa2. Sampai keluar dalam tv tempatan kata orang Senegal sambut syawal ikut tok guru masing-masing. Ada yang sambut Syawal hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin. ah parah!! Malaysia juga terbaik sebab sentiasa ada kata sepakat untuk menentukan tarikh hari raya. I love my country. Malaysia, I miss you. *sambil lambai ratu*

Sekian saja rungutan kak lang untuk hari ini.

Gambar sambutan Syawal di rumah kak lang. Ini je yang sempat di capture yang datang hujung-hujung tuan rumah dah keletihan tak mampu nak ambil gambar.


Salam Syawal,

Kak Lang
first round guest~terima kasih semua, you really made our day
raya cookies and my kek lapis
rendang made by mr.hubby dapat sambutan
from thailand embassy~thank you for coming
cakap je nak ambil gambar automatik pose hikhik
from indonesian embassy..sempat ambil gambar tetamu terakhir saja huhu
satay all made by mr.hubby
perantin baru ^_*
the ladies