Pages

Tuesday, August 21, 2012

Kek Lapis Kopi

Hello semua. Raya adalah hari yang gembira. Raya adalah hari makan. Raya adalah hari menerima kunjungan teman-teman. Raya adalah hari bermaaf-maafan. Raya adalah hari bz untuk kak lang.hehehe...Layankan jelah kak lang yang tengah kekenyangan ni. Raya tahun 2012 ini adalah raya yang paling kak lang kagum pada diri sendiri sebab telah berjaya menyiapkan kek lapis kopi yang kak lang ambil resepi nya dari blog resepicitarasawan (terima kasih kerana share resepi ini...its really delicous). Untuk teman-teman yang ingin mencuba kek lapis kopi ini boleh lah ke blog beliau.

Sekian dulu.

Love,
Kak Lang


Happy Eid Mubarak

Dear All,

I would like to wish you Happy Eid Mubarak. Enjoy your long holidays.

Love,
Kak Lang


Happy Eid Mubarak peeps!




Monday, August 6, 2012

Resepi Cheese Tart

Salam semua. Hari ni kak lang ada majlis iftar kat pejabat. So semalam kak lang ada sedikit rajin untuk mencuba resepi baru. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan hati. Berkat kesabaran dan juga usaha, kak lang telah berjaya membuat cheese tart yang mudah dah nyummeh. Eh?ingatkan majlis anugerah tadi..bukan eh...hahahaha...ok not funny. Kak Lang ada post gambar cheese tart ni kat fb dan ramai yang bertanyakan resepi dan cara membuatnya. Oleh kerana kak lang bukanlah seorang yang pakar masak, kak lang belajar dari blog azlita aziz (terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ye, it really helpful). Sumber asal resepi ini adalah dari dapur azita zain. (terima kasih juga). Kak lang ikut resepi ni step by step seperti dalam blog azlita aziz ni. So siapa-siapa yang nak cuba, silalah click dan rujuk blog mereka. Hari ni kak lang banyak kerja tak sempat nak taip banyak-banyak. Selamat Mencuba uolls.

Sekian, salam sayang.

Kak Lang



Ni dia gambar cheese tart yang kak lang buat.


Thursday, August 2, 2012

Resepi Mee Hoon Goreng Bonda

Assalammualaikum...Hai!Kak Lang nak up lagi resepi. Kali ni resepi bonda Kak Lang yang tercinta. Semalam masak mee hoon goreng untuk juadah berbuka puasa. Sambil goreng sambil meleleh air mata teringatkan mak.sobs! Buat adik-adik yang baca entri ni, tolong kiss kan mak dengan bapak untuk Kak Lang...cakap kak lang love mak dengan bapak so much no matter what. ok? Ok dah jangan sedih lama-lama sangat moh kita baca resepi yang mudah ni.

Resepi Mee Hoon Goreng
Sumber: Bonda Kak Lang

Bahan-bahan
1 keping dada ayam di potong kecil
8 ekor udang saiz sederhana
1 ekor sotong(saiz kecil) dipotong nipis
3 ulas bawang putih* (ditumbuk halus)
1/2 inci halia*(ditumbuk halus)
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
1-2 sudu makan cili kering yang telah diblend
5 batang sawi dipotong
1/2 batang lobak merah dipotong mengikut citarasa masing-masing
3 kelopak kobis dihiris halus
1/2 mangkuk sederhana taugeh
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa
4 sudu teh gula
1 cawan air masak
2 biji telur ayam
4 sudu makan minyak masak
1 1/2 keping mee hoon (direndam)
1 sudu makan bawang goreng

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam,udang dan sotong. Tumis sehingga masak.
2. Kemudian masukkan bahan bertanda * dan cili kering yang telah diblend. Biar sampai pecah minyak dan pecahkan telur. Biar kan telur sehingga garing sedikit.
3. Masukkan kicap manis dan air. Kemudian masukkan perasa, garam dan gula. Seterusnya masukkan sayur.Biar layu sedikit.
4. Masukkan mee hoon dan kicap pekat. Gaul rata. Kemudian masukkan bawang goreng. Tutup mee hoon dalam kuali dengan tutup periuk biar sampai kering sedikit. Kemudian masukkan togeh dan kacau. Padamkan api dan boleh lah dihidang.

Selamat mencuba.

Love and hugs,
Kak Lang
Mee Hoon Goreng Resepi Bonda

Resepi Mee Kari Versi Perantau

Hello! Entry kali ni kak lang nak up resepi mee kari. Silalah cuba.

Resepi Mee Kari (2 orang makan)
Sumber: Kak Lang

Bahan-bahan untuk kuah kari
1/2 ekor ayam (ayam Senegal kecik-kecik je, setengah tu macam 2 bahagian ayam, eg, sekeping dada, sekeping peha ayam) dipotong kecil
Bebola ikan/Fish cake/kerang (optional)
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah/1/2 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup/1 sudu makan serbuk kunyit*
10 helai daun kari
1 1/2 sudu makan cili kering yang telah diblend
3 sudu makan/1 bungkus kecil serbuk kari(jenama pilihan hati)
1 keping asam jawa (saiz sederhana)
2 cawan santan
1 mangkuk air masak
1 ketul kiub ayam
2 sudu teh garam(ikut citarasa masing2)
1/2 sudu teh perasa (optional)
1/2 cawan minyak masak

Cara-caranya
1. Blend semua bahan bertanda *. Sementara tu panaskan periuk dan masukkan minyak.
2. Tumis bahan yang bertanda *, cili kering, serbuk kari, kiub ayam dan daun kari sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, air, dan asam keping. Bila kuah dah menggelegak masukkan santan dan bebola ikan/fish cake/kerang.(bagi yang berada diperantauan kalau xde bahan-bahan ni pun boleh..ayam dah cukup haibat)
4. Biar kuah menggelegak lagi dan masukkan garam dan perasa.

Bahan-bahan sampingan lain
1. 1 ikat sawi
2. 1 mangkuk kecil taugeh
3. 2 biji telur direbus
4. 2 papan tauhu kering (digoreng)
5. daun sup+daun bawang+bawang goreng
6. cili potong (cili merah)
7. 1 keping tahu yang telah digoreng
8. mee/mee hoon secukupnya

Cara-caranya
1. Celup semua bahan (untuk sayuran)
2. Telur direbus, sayur dipotong ikut citarasa. Begitu juga dengan tahu.
3. Untuk mee boleh dicelur tapi untuk mee hoon elok direbus sedikit.


Siap sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

p/s: kalau rajin lagi buat sambal tumis.

Love and hugs,
Kak Lang

Wednesday, August 1, 2012

Eh?Baik pulak mood dia..

Bonjour!!Apa khabar. Kak Lang doakan agar semua pembaca sihat walafiat dan dibuka kan pintu rezeki yang luassss sangat. Amin. Wah excited sangat introduction kak lang kan....hehehe. Nak cerita ni semalam ajak mr.hubby pergi ORCA (dia ala-ala mini IKEA)..konon-konon nak cari lampu kelip-kelip dengan frame gambar ajork. Well..you know women always like this, she always bought more from the list. Sapa setuju angkat tangan. Ha, mesti ramai yang angkat tangan kan. Bangunan ORCA ni ada 7 tingkat. Tingkat 7, bahagian decoration rumah etc, langsir,cadar,bantal,bla,bla. Tingkat 6,5,4,3 (furniture), Tingkat 2 dan tingkat 1 adalah tempat periuk belangga, pinggan mangkuk semua..ala...kak lang lupa pulak nak ambil gambar semalam. Takpe kak lang ada aim satu benda lagi ni..nanti pergi lagi i promise tunjuk ke uolls eh gambar tempat tu. Kak lang beli frame kat tingkat 2. Niat nak beli frame aje tapi dah terbeli jam besar dan beberapa hiasan rumah. Sampai tingkat 1, mr.hubby nak beli teko kecik untuk dia buat tea o, tapi iolls dah terbeli senduk plastik untuk buat kek, sudip kayu, desserts glass, sikat dan yang paling best adalah waffle makers sekali dengan grill. hik..hik..Apa yang menjadi kemusykilan kak lang, di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini my mr.hubby sangatlah 'soft-hearted' ye. On the spot weh dia approve my application to buy the waffle makers. That moments, i felt like miracle..Macam tuhan makbulkan doa kak lang laju-laju. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kak Lang apa lagi, mana boleh sabar kan sebab dah lama nak makan waffle sepanjang Ramadhan ni. Balik rumah laju-laju masak lauk berbuka. Nasiblah mr.hubby request lauk simple je (sambal cili padi sardin) dan telur dadar. Selesai masak, kak lang terus google resepi waffle dan lihatlah hasilnya. Kak Lang suka makan waffle dengan nutela atau maple syrup campur butter. Owh aiskrim adalah bonus kalau makan waffle. Puas hati betul dapat buat sendiri. Minggu ni senyum sampai telinga and nampaknya kak lang kenalah masak sedap-sedap sangat for my hubby to show my appreciation during this Ramadhan no matter what he request. Insyaallah.

Sekian, sampai jumpa lagi.

Love and hugs,
Kak Lang


Testing!Testing!