Cakk!! ^__^
Lagi-lagi resepi kan...ini adalah untuk rujukan masa depan. Manalah tau nanti-nanti bila kak lang dah tak de anak cucu cicit boleh jugak merujuk kepada blog kak lang ni. kannn...I love you guys..eh?hehehe.
Konon-konon esok-esok bila semua orang ni dah wujud, dan bila mereka baca blog ni diaorang tahulah yang kak lang sayang kan diaorang semua kan. Ok cukup dengan ayat merepek kak lang ni. Moh ler kita tengok resepi Penang Char Kueh Teow. Kak lang suka resepi ni sebab dia hanya perlu buat paste pastu boleh simpan dalam peti ais. Bila-bila terigin cuma panaskan minyak, goreng cili boh, letak udang, kerang pastu mee pastu telur pastu NGAP!!!kekeke. Selalunya kak lang akan double kan resepi ni untuk disimpan dalam peti ais. Terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi yang sedap ni. I love you. Untuk resepi asal sila click sini resepi paste char kueh teow che'iza. (Kak lang copy paste aje resepi che'iza ni maaflah ye)
Resepi Penang Char Kueh Teow
Sumber: che'iza dalam my resepi
Bahan-bahan
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
- UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
- Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
- UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
- Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
- **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
p/s : Korang ikut je tips dan cara-cara dari tuan punya resepi asal ni. Mesti jadilah. Yang penting air untuk kuah char kueh teow ni sila tambah lagi jangan biar dia kering. Pastu terus makan bila dah masak jangan tunggu lama-lama nanti kuah dia kering.
Love and hugs,
Kak Lang
alaaa petis takdeeeeee~!
ReplyDeletechesue: petis xde pun boleh..sedap jugak..tahun lepas kak lang dah cuba tanpa petis tetap sedap.
ReplyDeleteLove,
Kak lang