Hi there! Hari ni nak cerita pasal salah seorang penyanyi yang kak lang minat. Salah satu penyanyi yang kak lang minat ialah Broery Marantika. Kak Lang kan old fashion sikit...hehehe. Kak lang mula menyukai lagu-lagu Broery Marantika sejak kerja swasta dulu. Selalu entertain customer, diaorang ajak pergi karaoke. Pastu faham-faham jelah selalunya di kalangan boss-boss ni banyak yang dah berumur. Asal pergi karaoke je depa nyanyi lagu Broery Marantika. Sekali kak lang pun terjebak jugak. Sebabnya lagu-lagu beliau amat sedap di dengar dan juga memberi maksud yang mendalam. Cewah terjiwang pulak. Dikalangan family kak lang, ai lah paling tak pandai nyanyi tapi tetap nak nyanyi jugak hehehe. Bila karaoke kat rumah parents kan, sampai je turn kak lang suma orang dah ketawa sebab mak kak lang kata "macam orang tua" suka nyanyi lagu Broery Marantika. Lantaklah janji kak lang bahagia kan mak..muahahaha.
Layankan ajelah kak lang ko ni...
Antara lagu favourite kak lang...sila lah dengar sama-sama ^__^
Until then. Bubye.
Love and hugs,
Kak Lang
Until then. Bubye.
Love and hugs,
Kak Lang
No comments:
Post a Comment