Pages

Thursday, July 12, 2012

Resepi roti naik untuk sahabat yang sedang semangat nak buat roti

Hello everyone!Hari ni kak lang buat entry khas untuk chesue kita yang jauh nun di Algeria. Dia baru dapat hadiah BM dari suaminya. Tahniah!! hehehe..haritu dia minta resepi roti naik yang kak lang post di FB dan twitter. Kak lang pun tidaklah pandai membuatnya..just follow resepi dari blog Pn.Hana(terima kasih ye). Blog ni adalah one of my favorite reference bila nak try buat kek ataupun roti. Resepi dia sangat mudah. Kak lang ikut je step dari blog tu bulat-bulat and alhamdulillah jadi. Pada kak lang nak buat roti ni kena banyak bersabar..first try dulu, kak lang gelojoh sangat sampai tak dan nak tunggu dia naik sangat..pehtu hasil dia hampa lah kan. hehehehe...So my advise is sabarrrrrr....kena tunggu betul-betul roti tu naik sekali ganda baru lah hasil dia macam roti kat kedai runcit ataupun bakery kat Malaysia nun. Oklah..macam pandai sangat pulak kak lang bagi advise kat orang pasal buat roti ni..hikhik...kepada chesue yang ku sayang silalah cuba resepi roti naik sumber ilham dari mamafami(terima kasih) dan ikut panduan betul-betul tau. Kak lang copy paste aje eh.

Selamat mencuba lahling.

Until then.Bye and happy weekends to you.^__*

Love and hugs,
Kak lang


RESEPI BUN MANIS @ ROTI NAIK TOK MAK
original resepi : tok mak facebook
sumber : mamafami
Bahan-bahan
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung *
  • 300ml air sejuk* (telur+ susu tpg +air sejuk= 300ml) - hana guna susu segar(kak lang pun)
  • 50g gula - hana letak 70g
  • 1 1/2 sk garam (kak lang letak 1 sk sahaja-maaf ye tuan punya resepi)
  • 300g tepung roti
  • 200g tpg gandum
  • 2sk yis @ 6g
  • 2sb marjerin@butter
  • 1sk bread softener dan bread improver - hana tambah (kak lang pun)
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 11/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50g setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Wednesday, July 4, 2012

Sweet memories of my

find me???xoxox


Hello everyone! Guess from this picture above..which one is kak lang? hehehe

Last week my cousin, kak manje send me this picture..i almost couldn't remember my own face while i am young and cute(please give me a big slap on my face..ahaks)...when i ask her..which one is me?she answered the cute one of course..ahaks!perasan pulak..budak kecil kan semua comel...This picture was taken long time ago...during my big brother circumcision ceremony i guess..but i am not sure whose place is this. Is it Johore or Negeri Sembilan? How times fly fast..i am now growing old and wife to someone special in my eyes but yet we still waiting the miracle from Allah s.w.t to give us our own baby and hence all my cousins on this picture also growing old..kak manje even have her own grandchild..kan kak manje?The rest already have their own families and kids of course.

Dear friends and beloved family, please pray for us to have our own babies.sobs!sobs!7 years waiting...and yet still waiting..

Until then. Bye..

Love and hugs,
Kak lang

Tuesday, July 3, 2012

Minggu tanpa Nasi

Salam Selasa semua dan salam sejahtera.^_^

Beberapa hari ni kak lang tengok orang post dalam facebook pasal diorang dah kurus..huwaaa..yang hakak ni asyiklah melantak macam biasa. Susah betul nak disiplinkan diri untuk back to figure. Kak lang terlebih malu dah dengan encik suami sebab si isteri ni dengan selamba je tak diet2 sedangkan encik suami sungguh-sungguh nak diet sampai hari-hari puasa tau. Kalau ikutkan perancangan kami, start minggu ni kami dah lancarkan hari makan tanpa nasi. Nak kurangkan karbohidrat dan nak lebihkan protein. Harap-harap berhasil. Dapat turunkan sikit berat badan kami cukuplah dulu buat masa ni. Encik suami tak kasi dah tonton food channel favorite kak lang tu.Takut-takut nanti terpengaruh pula dengan food-food yang ditayang.hehehe...tapikan kak lang buat je blog walking pada mana-mana blog masakan favorite tu..kira dah macam rutin harian pulak besides baca surat khabar. Its my entertainment ya olls. Apa lagi lah yang boleh menghiburkan hati kak lang di bumi Afrika ni selain makanan..huhu..Apa pun kak lang cuba menepis segala ingatan kak lang terhadap makanan yang lazat-lazat tu demi kesihatan diri. Owh ya kak lang dengan encik suami ada juga pergi exercise waktu petang sekarang...jalan-jalan je keluarkan peluh. Kat sini jalan sejam lebih pun belum tentu berpeluh..jenuh tau nak keluarkan peluh..hukhuk

Ha nilah menu kak lang untuk lunch hari ni..sabar jelah...


today's lunch-fruit salad


p/s: i wish i could eat as many as i want to without putting on my weight...pfuhh

Until then. bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Monday, July 2, 2012

Maggo Lassi

Hai!!Sekarang di Dakar tengah summer. Musim-musim panas macam ni sangat nyum kalau minum air sejuk kan?hehe Tak pernah-pernah kak lang breakfast minuman sejuk..semalam bersamaan hari ahaj 1 Julai 1978, kak lang sudah pecah rekod sejarah sarapan pagi..hakhak..Di Dakar ni sekarang tengah musim manggo, semalam ada beli 3 biji mangga yang sedang masak ranum...dalam peti ais ada plain yogurt so kak lang teringin nak minum manggo lassi sejuk. Di bawah adalah resepi manggo lassi.

Manggo Lassi for two =D

Bahan-bahan:
1 biji mangga di buang kulit dan dipotong-potong isinya
1 cawan teh plain yogurt
2 sudu makan gula pasir
1 cawan teh air suam
sedikit air batu

Cara-caranya:-
1. Masukkan mangga, plain yogurt, gula, air suam dan air batu yang telah dihancurkan ke dalam blender buah.
2. Blend hingga hancur dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Until then.Bye2.

Love and hugs,
Kak lang

Sunday, July 1, 2012

Yassa Poullet aka Nasi Ayam ala Senegalese


Tara!!!Dan lagi dan lagi entry..kihkihkih.  Semalam kak lang teringin pulak nak makan Yassa Poullet aka nasi ayam ala Senegalese.  Balik dari pasar basah terus suruh my maid ajar masak menu ni.  Cara memasak adalah mudah tidak seperti makanan Senegalese yang lain.  So sebelum kak lang lupa resepi ni, baiklah ditepek di dalam blog untuk rujukan masa depan dan kepada rakan-rakan blog yang ingin mencuba silakan.  Menu ini dimakan bersama nasi putih biasa.  Jadi untuk nasi semua orang tau masak kan?Hehe gurau aje jangan mare..Jom layan resepi afrika barat sekali sekala.


Bahan-bahan untuk perap ayam
1 ekor ayam dibelah empat (ikut suka masing-masing nak belah berapa..ayam senegal kecil so kami masak seekor)
1 biji bawang besar *
10 ulas bawang putih *
1/2 inci halia*
2 sudu makan mustard*
2 sudu makan cuka masakan*
1 1/2 garam halus*
2 sudu makan serbuk lada hitam*
sedikit air untuk blender semua bahan bertanda *
Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-caranya
1. Blend semua bahan bertanda * dan gaulkan ayam bersama bahan yang telah diblend sebentar tadi. Tinggalkan dalam satu cawan bahan yang diblend untuk tumis sos nanti.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (macam masak ayam goreng biasa aje). Goreng deep fry ya.
3. Dah masak ketepikan ayam tadi dan mulakan bahan untuk sos pula.

Bahan-bahan untuk sos
1 cawan bahan yang telah diblend (yang bertanda * di atas)
4 biji bawang holland diracik
4 ulas bawang putih diracik
1/2 inci halia diracik
1 biji limau nipis
1/2 sudu makan cuka masakan
1 kiub ayam knorr
2 batang cili merah/suka cili apa pun boleh
3 sudu makan serbuk lada hitam
2 cawan air suam
1 cawan minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar holland. Tumis sehingga bawang tadi lembut.
2. Kemudian masukkan baki bahan bertanda *. Masukkan cuka, limau nipis,kiub ayam, lada hitam, cili merah dan air. Rasa kuah, kalau tak cukup masin sila tambah garam. (Kalau ikut kan memang cukup masin dah sebab bahan diblend tadi sudah ada garam)
3. Masukkan ayam ke dalam periuk dan biar sehingga air kering sedikit.
4. Dah siap boleh lah dihidangkan dengan nasi putih.


Sekian, selamat mencuba ^__^

Until then, bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Yassa Poullet (Nasi Ayam versi senegalese)

Musim Durian

Hi!Mood rajin tengah mai..hehe. Kali ni nak up gambar lagi tapi gambar masa cuti di Malaysia pada bulan Mei-Jun 2012. Kak lang nak letak gambar ni dalam blog untuk tatapan masa tuo.hikhik

Ini adalah antara pengalaman paling menarik masa di Malaysia. Kebetulan kebun MIL tengah lebat berbuah and that time masa kami balik adalah permulaan buah durian gugur. Kira langkah kanan betul. Tambah menarik lagi bila dapat tahu most of the durian trees, planted by my hubby and its really nyummeh. For those di perantauan sorry for posting this picture. Your turn next maybe.^_^







tukang kutip durian~~excited!!
en.hubby bersungguh-sungguh kupas durian untuk si isteri ^_^
isi durian adalah terbaik!!!

Until then, bubye.

Love and hugs,
Kak Lang

Thursday, June 28, 2012

Dakar-Malaysia-Dakar

Hello semua!!Sorrylah kak lang ni kejap timbul kejap tenggelam.hehehe. Baru hari ni ada kesempatan untuk menulis. Meh sini kak lang nak bayar hutang...nak cerita apa yang telah berlaku sepanjang ketidakhadiran ku di sini..cewah..Firstly start hujung bulan april sehingga end of may, kak lang very the sibuk bekerja ya..kawan-kawan...kerja non stop 24/7...ha..jangan taktau siap ada yang tak balik tidur langsung hokeh...paling menjadi memori sekali sampai encik asben pun datang bantu buat kerja i..and kesian sampai tidur dipejabat..Sebenarnya sebelum kak lang kesibukan kerja haritu kami dah beli tiket kapal terbang nak balik cepat sebab my FIL sakit kuat.  Tetapi disebabkan ada keperluan kerja yang mendesak di pejabat, cuti kak lang dibekukan dan terpaksalah batalkan tiket penerbangan. As soon after i finished up my work, kak lang terus terbang ke tanah airku Malaysia.  Kitaorang cuti pendek dalam 2 minggu sahaja.  Semasa balik cuti hari tu memang kami asyik berulang alik ke hospital sahaja. It's not my FIL yang berada di hospital but our beloved son yang admitted. He admitted around 10days gitew. Jadinya percutian kali ini kami sangat tiada masa untuk berehat.  Nasiblah Malaysia tengah musim durian.  Walaupun Malaysia panas terik, terubat juga hati ini sebab dapat makan durian yang ditanam oleh encik suami and honestly i tell you guys...this year..i've experienced cari durian kat kebun and makan on the spot like makan cake fresh from the oven.  Pandai encik suami i tanam pokok durian, isinya semua sedap-sedap.  Boleh dikatakan puas sangat makan durian kali ni balik Malaysia.  Owh ya...my husband ada tanam pokok durian musang king before we left Malaysia.  Let's pray agar pokok durian tu membesar dengan jayanya.  Kak Lang dah berada di Dakar belum pun sampai seminggu lagi. Kami tinggalkan Malaysia haritu dengan hati yang tenang bila melihat my FIL beransur pulih and our children is ok.  Unfortunately, bila kak lang call mak untuk kasitau dah sampai Dakar...mak kata wancik meninggal dunia(adik beradik sebelah nenek kak lang).  Al fatihah buat wan cik..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di jannah.Amin.

Until then. Bye.

Love and hugs,
Kak Lang