Hi there!Semalam tekak teringin nak makan nasi kerabu pulak. Ini semua gara-gara drama bertajuk "sorok bau budu" yang diarah oleh Sabri Yunus tu.hehe. Kak Lang belajar makan nasi kerabu masa kerja kat putrajaya.Selalu beli kat pasar tani Putrajaya dan terus menyukainya. Mungkin juga sebab kak lang suka pada kelapa.Especially kelapa yang nak buat kerisik tu.Sampai sekarang kalau mak tengah buat kerisik kak lang mesti amik dalam satu cawan makan macam tu je.sedap!!!Ikut pengalaman kak lang buat nasi kerabu ni memang remeh tapi hasilnya berbaloi.Oklah tak mau cakap banyak lagi sebab mesti anda yang menyukai nasi kerabu dah meleleh air liur nak masak kan. hehe Di sini kak lang nak share resepi nasi kerabu yang kak lang ambil dari blogger ini mamaera (buat mamaera, terima kasih ye kerana share resepi).
Love and Hugs,
Kak Lang
Nasi Kerabu Perantau |
Resepi Nasi Kerabu(versi perantau)
Nasi biru
bahan-bahan
1. 1 cawan beras wangi (apa-apa pun boleh)
2. 3/4 sudu teh garam
3. setitik pewarna biru
4. sehelai daun limau purut diracik/daun pandan pun boleh (kak lang guna daun limau purut)
5. sukatan air macam masak nasi yang biasa
Cara-caranya
1. Basuh beras dan campurkan semua bahan. Kacaukan supaya warna biru itu sebati. Jangan letak pewarna banyak sangat.
2. Masukkan ke dalam periuk nasi dan tekan. Tunggu sehingga masak.
Ikan goreng
bahan-bahan
1. 2 ekor ikan kembung(ikan ikut kegemaran masing2)-seekor kak lang goreng, seekor lagi untuk kerisik ikan
2. sedikit garam
3. sedikit kunyit
4. tepung beras
5. 1 sudu air kapur (optional)
6. sedikit air
7. Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Bersihkan ikan kembung dan gaulkan dengan garam dan sedikit kunyit.
2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras,kunyit,air kapur,garam dan air. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali. Masukkan minyak dan biar hingga betul-betul panas.
4. Celup ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng.
5. Biarkan garing dan angkat.
Sambal tumis
bahan-bahan
1. 1 cawan santan
2. 2 sudu makan cili kering yang telah di blend
3. 2 sudu makan budu
5. 1 sudu teh garam
6. 1 sudu teh gula
7. 2 ulas bawang merah-diblend/tumbuk
8. 1 ulas bawang putih-diblend/tumbuk
9. 1/2 inci halia-diblend/tumbuk
10. 1 batang serai
11. 1 ulas asam keping
12. 2 sudu makan minyak masak
cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah di blend dan cili. Biarkan hingga cili masak.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain iaitu santan, serai, asam keping, budu, garam dan gula. Gaul sehingga pecah minyak dan angkat.
Sambal Ikan/Kelapa
bahan-bahan
1. 1 cawan kelapa kering
2. 1 ekor ikan kembung yang telah digoreng(ambil isinya sahaja dan ditumbuk)
3. 2 ulas bawang merah ditumbuk
4. 1 ulas bawang putih ditumbuk
5. 1/2 inci halia ditumbuk
6. 1 batang serai
7. 1/2 sudu teh garam
8. 1/2 sudu teh gula
cara-caranya
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, garam, dan gula sekali.
2. Goreng kelapa parut sehingga kekuningan tanpa minyak dan angkat.
3. Goreng bawang merah, bawang putih, halia, serai dan isi ikan yang telah ditumbuk tanpa minyak sehingga kekuningan dan campurkan kelapa parut tadi. Goreng sehingga betul-betul kering dan angkat.
Daging bakar
bahan-bahan
1. 2 keping daging batang pinang
2. sedikit garam
3. sedikit kunyit
4. sedikit minyak
cara-caranya
1. bersihkan daging dan lumurkan dengan garam, kunyit dan minyak.
2. Masukkan ke dalam oven lebih kurang 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masing).
3. Setelah masak hiris halus-halus dan hidangkan.
Ulam-ulaman
bahan-bahan
1. 4 batang kacang panjang-kak lang tak letak sebab takde
2. separuh biji kobis
3. 1 batang timun
4. 1 mangkuk taugeh
5. 1 batang bunga kantan-kak lang tak letak sebab takde
cara-caranya
1. potong hiris semua bahan dan gaul. hidangkan.
Budu
bahan-bahan
1. 5 sudu makan budu
2. 1/2 biji limau nipis - kalau ada limau kasturi lagi best (guna 2 biji)
3. 1 biji bawang merah dihiris halus
4. 8 biji cili api
5. 2 sudu makan air masak
cara-caranya
1. Hiris halus bawang dan cili api. Masukkan budu, air, bawang, cili api dan limau. Kacaukan.
2. siap untuk dihidang.
Keropok ikan digoreng.
Bak kata mak kak lang. "Usaha tangga kejayaan" Good luck guys ^_*.
Nom!!sedapnya. Sambillapairliur.
fuhh setapnyer! tapi banyaknyer proses..memang kena teringin tahap tertinggi baru bley wat nih..
ReplyDeleteChesue:kan...Kak lang tahap dewa lapar Nasi kerabu.tu yang gigih tu..=D
ReplyDeleteKak Lang,
ReplyDeleteSangat terliur ok.... nak cuba buat tapi malas tahap kedaung hihihihi
Annie:you can do it.go annie!!
ReplyDelete