26 September 2012!!!Pejam celik, pejam celik dah genap 3 tahun kak lang berada dibumi Dakar ni. Banyak pengalaman dan kenangan yang kak lang lalui sepanjang berada di sini. Perlukan kesabaran tahap maksima bila tinggal di negara ini. Dari segala segi semuanya perlukan kesabaran. Urusan rasmi, urusan beli barang di pasar,mini market, kedai, klinik, urusan panggil technician betulkan barang rosak (yang macam tikus membaiki labu)...pendek kata selagi berada dibumi dakar ni, celik je mata kena set minda supaya Allah s.w.t tingkatkan kesabaran kak lang. Dengan masalah letrik,air, taxi dan macam2 lagi.....Semoga kesabaran ini akan membuahkan hasil. Walaubagaimanapun bukan semua pengalaman yang menyedihkan, ada juga pengalaman yang mengembirakan...contohnya skill memasak kak lang sudah ada peningkatan..bukan masakan aje yang meningkat tau...badan ku terus membesar dengan jayanya...hahaha..Sempena menyambut ulangtahun ke 3 kami berada di bumi Dakar ini, my laf telah menunjukkan bakatnya dengan menghias sebiji kek. excited yakmat pula my laf. Saksikanlah....his feminine's side of decorating cake. ^_^
Kak Lang,
ReplyDeleteHappy 3rd Anniversary.... ^_^