Hi there! Haa..hari ni Kak Lang nak cerita pengalaman masa keje swasta dulu. Sebelum jadi orang gohmen kak lang pernah keje swasta kat 4 buah kampeni. Salah satu dari kampeni ni memang dasyat giler keje nye. All in one gitu. Kampeni ni dia jenis persatuan so tak de pekerja lain selain kak lang weh. Kak lang pion, kerani, PA,akaun clerk, hantar surat kat pejabat pos, kejar bos sign cek pembayaran utilities kat kampeni masing-masing dan mengharungi, jalan yang jem, pi bank, handle kursus dan lain-lain. Giler kedekut kampeni ni nak upah orang lain. Ahli persatuan masa tu adalah lebih dari 400 orang. Bayangkan lah nak hantar surat ke 400 orang bila nak panggil mesyuarat agung atau jemput datang kursus. Itu pun boss-boss kat situ kata kak lang tak buat keje.bodoh!hamik ko..turun merekah pose aku. kekeke. Waktu keje adalah pukul 8pagi sampai pukul 5.30petang. Tapi kebiasaannya kak lang akan keje sampai malam. Mana taknya semua nak kena buat sendiri. Boss pulak bukan ada kat opis pun. Kena jaga 8 boss sekaligus. Naya punya kes. Kalau ada kursus atau nak buat mesyuarat agung pernah kak lang tak tido langsung tau dari jam 8pagi sampai lah 8 pagi esoknya. Semata-mata print surat, masuk dalam envelope, tampal alamat, gam, setem. haish. Itupun diaorang tak hargai kak lang. Masih kata kak lang takde keje.Hmm dunia owh dunia. Nasib baiklah ada hamba Allah yang menghargai kak lang masa tu. Ada sorang dato' ni terus offer keje kat syarikat dia. Alhamdulillah kak lang keje dengan dia 7 tahun sebelum masuk gohmen. Sekarang dah arwah pun bekas boss kak lang tu. Alfatihah. Semoga ditempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman. Beliau memang seorang majikan yang baik.
Gambar adalah ehsan dari mr.google.Thanks! |
Lebih kurang gitulah salah silah kampeni ni. Tapi bukan itu yang kak lang nak story. Hari ni kak lang tiba-tiba teringat kisah kelakar masa kak lang keje kat kampeni tu. Ada satu haritu kak lang kena handle kursus untuk ahli persatuan ni. So semalamnya kak lang balik lewat malam. Keesokkan paginya dah kesiangan. damn!terkejar-kejar kak lang memandu pi pejabat. Pastu kereta kak lang pada masa tu adalah rumah kedua kak lang. Kasut keje memang melambak ah dalam kereta. kekeke. Masa tu kak lang tak ingat apa dah..parking kereta terus je bukak pejabat. Nasib baiklah penceramah belum sampai lagi kot tak malu seh. So masa perjalanan dari parking kereta ke pejabat kan kak lang gopoh-gopoh, pastu pejabat pulak masuk kena bukak kasut. Datang peserta kursus tanya sapa pulak perempuan yang pakai kasut fesyen baru ni. Kak lang tanya kenapa? sebab kak lang sorang je perempuan masa tu. Dia pun jawab...orang tu pakai kasut sebelah lain sebelah lain. Satu tinggi kemain, satu rendah sikit. OMG! kak lang dah malu masa tu tapi kontrol lagi. Rupa-rupanya kak lang berjalan dengan megahnya pakai skirt pi pejabat pastu dengan high heel yang tak sama tinggi. Dengan harapan takde orang perasan. Tapi semua tu dah terlambat..orang-orang pejabat sederat tu ramai yang perasan. aiseh apa pasallah tak tegur kak lang. malu tau.
Sekian, itu aje cerita merapu kak lang pada hari ni. Ni cerita nak hilangkan mengantuk.kekeke
Until then. Bubye!
Love and hugs,
Kak Lang
No comments:
Post a Comment