Hi there, i just want to share with you guys my curry puff recipe today. I made this last Sunday and make it frozen.
Karipap-Kak Lang style |
Bahan-bahan:
Inti
3 ketul kentang
1/2 cawan minyak masak
500gram daging cincang
500gram daging cincang
1 ketul bawang putih
1/2 inci halia
1 ketul bawang besar dipotong dadu
1 sudu makan cili boh
2/3 sudu makan serbuk kari
beberapa helai daun sup dihiris halus
secubit lada hitam(ditumbuk)
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
rempah tiga beradik (kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
Kulit
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan marjerin
1 cawan/ kurang air yang dicampur dengan 1/2 sudu teh garam
Cara-Caranya:
Inti
1. Panaskan minyak. Masukkan daging, bawang putih,halia dan bawang besar. Rempah tiga beradik.
2. Kemudian masukkan cili dan serbuk kari.
3. Masukkan air dan lada hitam. Seterusnya masukkan daun sup dan perasa. Garam dan gula.
4. Masak sehingga kering. Biarkan sejuk sebelum letak inti dalam kulit karipap.
Kulit
1. Tepung digaul dengan marjerin.
2. Masukkan air dan gaul sebati sehingga menjadi doh. Jangan terlalu lembik.
3. Canaikan doh dan bentuk ikut suka hati anda. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal tau.
Selamat mencuba.
Until then. Bubye
Love and Hugs,
SU
No comments:
Post a Comment