Pages

Tuesday, December 31, 2013

Bye-bye 2013...Welcome 2014!!!!


 HAPPY NEW YEAR 2014

Kak Lang's Story: Resepi Kerepek Pisang Ranggup

Salam penghujung tahun 2013 semua.  Hari ni kak lang nak share resepi kerepek pisang.  Walaupun kerepek pisang ni nampak je simple tapi cara goreng mesti kena betul ye.  Kak lang pernah cuba buat kerepek pisang sebelum ni tapi gagal.  Gagal sebab kerepek yang digoreng turns lemau bila masuk dalam botol.  Percubaan kali ini membuahkan hasil sebab kak lang berjaya buat kerepek pisang yang ranggup dan sedap macam yang dijual kat kedai. hehehe ..kepada yang pakar jangan ketawakan ai okeh.  Kak Lang ni baru belajar harap maklum.  Dah nak masuk 4 series baru pandai goreng kerepek pisang...hahaha.Ok jom share resepi.


Resepi Kerepek Pisang Ranggup
Sumber:  Kak Lang
Bahan-bahan:
1.  1 1/2 kilo pisang tanduk yang hijau *pisang hijau yang belum masak tetapi tidak kelat
     (dapatlah dalam 6-7 biji pisang)
2.  Minyak untuk menggoreng 
3.  Sedikit garam
4.  Sedikit kunyit serbuk


Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak di dalam kuali (minyak kena banyak untuk deep fry ok)
2.  Buang kulit pisang dan hiris menggunakan pemotong sayur etc mengikut bentuk yang digemari(bulat atau memanjang).  Potong nipis tau.
3.  Bila minyak dah panas, masukkan sedikit kunyit dan garam ke dalamnya supaya kerepek kelihatan berseri kekuningan.
4.  Masukkan pisang yang telah dihiris satu per satu supaya tidak melekat atau boleh hiris terus ke dalam kuali.  Kacau semasa menggoreng.
5.  Apabila pisang telah kelihatan kuning, angkat dan toskan di atas tisu supaya minyak diserap oleh tisu tersebut.  Sejukkan dan simpan di dalam botol kedap udara.
6.  Sekarang kerepek pisang anda telah siap sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.


Love,
Kak Lang


Kerepek pisang

Tos kan kerepek yang telah digoreng supaya minyak meresep ke dalam tisu

November to December

Yeah right! November and December is the most busy time at work for me.  Surprisingly semua orang nak datang Dakar untuk conference and so on.  Kami kat sini tak ramai pun..so kerja kenalah bahagi sorang sikit dan sama rata.  Start dari bulan November, lepas pulang dari Malaysia memang kak lang tak cukup tangan nak handle tugasan di pejabat.  Kak lang ditugaskan untuk menaiktaraf perpustakaan yang ada dipejabat.  Bermulalah kerja2 mengumpul, menyusun, merekod dan segala urusan berkaitan dengan nya.  Pening juga nak buat sorang2 kan.  Berkat kesabaran kak lang ditambah dengan bantuan dan sokongan dari encik suami, Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan perpustakaan di pejabat kak lang.  Last time, belum pun habis menjilid buku, dah kena tolong orang buat logistik untuk minister nak transit di Dakar dan sekali lagi kena jadi tourist guide.  Kerja2 tourist guide berlarutan sehingga awal bulan disember.  Eh! ini bukan rungutan tau (kak lang faham ini semua tuntutan kerja)..ni just nak share dengan korang kenapa kak lang menyepi. *nak bagitau reason kepada yang bertanya* So gedebak gedebuk, middle disember pulak pejabat ada organize event.  Macam biasalah kan kerja2 event organizer ni mesti bz.  Event nya sekejap je tapi proses dia panjang+g+g+g...kan.

Sekian.


Love, 
Kak Lang

bergambar kenangan bersama Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
bergambar kenangan bersama MTCP Alumni Dakar

Hasilnya

nampak sikit tapi nak menyusun dia..adussss


masa belum siap

ha..yang belakang pintu masih menunggu untuk disusun ye kak lang...huhu

Wednesday, December 18, 2013

Bandia Reserve Parc

Assalammualaikum dan salam sejahtera *sambil sapu sawang*.  Lama bebeno kak lang tak update blog kan.  Sibuk macam lebah pulak tetiba. Tapi sebelum bz dengan keje haritu, kak lang sempat pergi Bandia Reserve Parc, Senegal.  Perjalanan dari Dakar mengambil masa lebih kurang 45-50 minit je.  Kak Lang bertolak dari Dakar jam 0800 pagi dan sampai di Bandia Parc before 0900 pagi.  Selama empat(4) tahun tinggal di Dakar, ini lawatan kali pertama weh.  Tahun lepas ke Sally, Portugal(Dakar) kak lang lalu sebelah Bandia je tak singgah pun.  Tahun 2013 ni kak lang dah berazam macam mana sekali pun mesti kena pergi jugak..mana tahu ini tahun terakhir kak lang berada di Dakar kan..kan. *genggam tanggan kanan tepuk bahu kiri dua kali* Buat pengetahuan semua, Bandia Reserve Parc ini adalah Safari.  Kuantiti haiwan yang ada dan jenis haiwan yang disimpan tidak begitu merbahaya.  Kami siap boleh keluar possing dengan Badak Sumbu dan ostrich lagi tu.  Tak kisahlah pasal kuantiti dan jenis haiwan yang depa simpan kat sana.  Apa yang diambil kira adalah memori dan pengalaman semasa berada di Dakar, Senegal.  Jika nak dibandingkan dengan tempat sendiri (Malaysia) haruslah negara kita jauh lebih baik kan.  Kesemua tempat yang kak lang pergi dan apa yang kak lang lalui sepanjang berada di Dakar ini akan disemat kukuh di dalam memori ini dan akan dijadikan pengalaman untuk muhasabah diri.  

Sekian.  

Love,
Kak Lang


Pintu Masuk Bandia Reserve Parc
Belakang tu kaunter pembayaran
Bayaran masuk bagi dewasa RM70.00
heina








kenderaan yang membawa pelancong visit safari


kak lang tanya tour guide, gajah ada tak encik?dia jawab gajah tak de tapi kita ada pokok gajah..hahaha



pak ya...eh buaya hikhik

belakang tu ada restaurant..boleh makan sambil tengok buaya..buaya ada kat tasik belakang restaurant
kedai souvenior..kak lang beli tshirt je...


pssttt....ada orang tu kecewa tak dapat tengok singa dengan harimau bintang secara live di safari..kihkih...